Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, April 22, 2014

Bersyukurlah.....

Lega dengar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid kata Catuan Bekalan Air akan diumumkan bakal berakhir...

Mau tak gembira dekat 2 bulan hadap takde air, 2 hari ada 2 hari takde..Sadis tul.. Aku kalo air takde kat rumah lari rumah mak.. Rumah mak takde air mak tak lari mane mak dok diam2 jer kat rumah..hahaha Sebab bilik air rumah mak besar boley simpan air bertong-tong.. Rumah aku kecik nak simpan air kat bilik air memang takde ruang, harapkan simpanan air tangki jer la.. sob sob..

Kiteorang tak kisah sangat sebab ada kat rumah pon waktu balik kerja nak mandi jer tak terasa sangat kalo weekend hazab.. T_T Dengan nak masaknye dengan nak basuh kainnya dengan nak basuh berak Raiisah yang sehari 2 3 kali berak... T_T

Korang mesti tau kan sebab apa catuan air ni.. Sebab empangan kering hari tu la dia buat catuan ni.. Gambar atas tu bos aku sendiri yang ambik guna phone.. Ramai yang tak tahu catuan air ni bukan SYABAS yang keluarkan kenyataan ye atau suka-suki nak buat ni semua.. Ni semua arahan dari Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN, SYABAS tak ada kuasa nak buat ni semua kalo takde arahan dari pihak atasan..

Dah Kerajaan Negeri Selangor kata kena buat jugak Catuan air ni  SYABAS terpaksa jer la ikut arahan.. So salahkan Kerajaan Negeri Selangor jangan salahkan SYABAS.. mahahaha

Sian bos-bos SYABAS jenuh nak menjawab pasal isu air ni sampai SYABAS nak kena saman.. Ni la terpaksa hadapi bile berkerja disyarikat air.. T_T

So korang nanti dah takde catuan air ni jangan la dok bazir bukak air paip basuh pinggan bertingkat-tingkat basuh kain sampai 1 baldi baru tutup paip air tu.. Jangan macam tu yer kena jimat penggunaan air tu.. Walaupun kita tahu Malaysia ni kaya dengan hujan.. Sekian.. Kang lebih2 orang cakap ekleh tau la kerja SYABAS.. =P

piece : kathyjem

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Bahek!!!hehehe

Nao Mei said...

kalau air tak de memang lah susah kan...
nak minum lagi...basuh lah....semua kena guna air....memang tak selesa kalau tak de air kan dear :)

singgah melawat nuffnang..thank...