Klik Yer!! Mekasih...

Friday, October 17, 2014

Macam Mana Nak Bagi Anak Suka Makan

Ramai yang tanya mintak aku kongsi tips nak bagi anak suka makan.. Boleh la aku share sikit2 mana yang aku..

Macam Raiisah Alhamdulillah dia ni jenis pemakan.. Tak kisah bagi jer apa makanan semua dia makan kecuali buah..hahaha Tak tau kenapa Raiisah tak suka buah.. Setahu aku masa kecik aku suka buah Affan pon sama..

Hari tu borak2 dengan Mak, Mak cakap Raiisah ni macam Mak masa kecik2 tak suka buah.. Mak tengok pisang pon tak suka.. Macam Raiisah suruh pengang pisang pon dah geli2 apa tah lagi nak suap dalam mulut memang menjerit la kat situ..hahaha Tengok pisang jer no no no geleng kepala tak nak.. Rambutan pon sama geli tak suka tengok..Atuk selalu menyakat letak rambutan depan dia..eee eee terus lari..hahaha

Takper la Raiisah tak suka makan buah yang penting sayur dia nak makan.. Dari umur 6 bulan sampai sekarang aku ajar dia makan sayur.. Alhamdulillah sampai sekarang pencinta sayur-sayuran..hehe

Ni pertama kali Raiisah makan solid food. Masa ni umur dia 6 bulan.. Abis satu mangkuk dia makan..first makanan yang dia makan nasi dan carrot..

So aku kongsikan sedikit tips untuk bagi anak-anak suka makan..

1. Jangan paksa anak makan.. Kalau dia tak nak jangan la kita paksa-paksa suap dalam mulut dia sure la pastu tengok nasi dia berlari satu rumah.. Sebaliknya tunjukkan yang korang gemar dengan makanan tu sampai anak teruja dan ingin mencuba.. Buat la ayat2 pancing sikit..Urmm sedapnya sedapppppp!

2. Offer makanan bila anak-anak dalam kelaparan.. Jangan bagi dia makan selepas menyusu sure dia akan geleng2 kepala tak nak sebab kekenyangan..

3. Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan jangan anggap satu benda yang memenatkan.. Macam aku setiap kali suapkan Raiisah, aku  agah-agah kat dia supaya masa dia makan dia berada dalam keadaan happy..Dalam keadaan happy tu la kita suap makanan kat mulut..hehe

4. Campurkan makanan baru dengan makan kesukaaan anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu baru.. Macam kalau dia suka ayam campurkan dengan sayur or buah..

5. Makan bersama-sama.. Sambil suap anak suap diri sendiri..hehehe

6. Ajak anak bermain sambil makan.. Macam Raiisah kalau dah busan makan, berhenti jap bagi dia leka main toys, sambil2 tu suap nasi kat mulut..lama2 abis jugak satu mangkuk dia makan..

7. Hidangkan makanan anak2 dengan cara menarik.. Contoh buatlah telur tu bentuk mata sosej tu bentuk hidung ker pastu letak sos bentuk senyum.. Simple macam tu pon dah buat anak teruja nak makan..Macam Raiisah takyah buat bentuk apa2 terus laju dia capai ngap terus masuk dalam mulut..hahaha

8. Elakkan minum air sambil makan.. Sebaiknya tunggu abis makan dari minum takut nanti anak kenyang minum air pulak..

9. Kurangkan makan snek atau makan ringan.. Sebab makanan fast food ni buat anak kurang selera makan..Kalau boleh jangan langsung beli jajan ni..

10. Biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersempah dan tumpah.. Lepas anak dah abis makan boleh kemas balik..

11. Tak perlu tambah garam dan gula sebelum anak mencapai umur setahun..

12. Cuba perkenalkan rempah atau perasa semulajadi sedikit demi sedikit kepada anak mengikut umur..




Tula jer serba sedit tips yang aku boleh kongsikan.. Mahu mengikut rentak anak-anak supaya mendengar kata bukanlah susah.. Kalau gunakan cara yang betul dan sedikit kebijakan psikologi bukan setakat makan, pekara lain pun senang diajar supaya jadi kanak-kanak yang berdikari.

Selamat mencuba!

piece : kathyjem

10 comments:

mamabeauty said...

hiks comel jer Mek Ecah makan..

crazyshopper said...

Tips yg baik utk dijadikan amalan. Anak sy suka makan buah..hari2 mesti bagi buah lepas makan nasi

www.shopperstreet.blogspot.com

cik mah said...

Comelnyer die...tq share tips..

Unknown said...

Great tips! Omel je mak echa mamam, tp camner ea u ajar raicha x terbalikkan pinggan or mangkuk mknan tu? Cos my son kal soh mkn sendiri abes pinggan mangkuk sumer tu dia lingkupkan😩

MOMMYLIN said...

setuju dengan tip tu semua...

Chekgu Azrine said...

Suka tgok raiisah suka mkn..aish pun suka mkn. Sng nk bela

Dunia Mommy Comel said...

Tips menarik..

Sufi said...

bestnya tgk dia makan..memang kene rajin layan anak2 makan ni..masak mkanan feveret diorg..mmg menambah2la

Unknown said...

bagus tips2 nie...boleh cuba untuk anak sendiri :)

Tq :D

Rinazul said...

tq utk info ini. sggah baca n folow sini. Salam kenal, jom siggah blog dan followback.