Klik Yer!! Mekasih...

Saturday, October 25, 2014

Serlahkan Bakat Anak Anda Dengan Dugrostar!

Siapa yang ada anak yang sukakan menyanyi, menari atau bermain alat-alat muzik.. Ibu bapa boleh sertai Dugrostar™ sekarang untuk anak-anak yang berbakat..


Tujuan Dugro® adalah untuk mendorong kanak-kanak mencungkil potensi diri mereka dan mempamerkan bakat mereka kepada seluruh negara.. Dengan Dugrostar™ setiap kanak2 berpeluang menjadi bintang.. Macam Raiisah dari kecik aku dah nampak bakat menari dia cuma umur jer tak layak lagi.. hahaha Kalo layak aku dah hantar video menari dia tu..hehehe Macam mummy dia kecik2 suka menari..ngeh ngeh..

Dugrostar™ terbuka kepada kanak-kanak dalam kategori berasakan umur 3-6 tahun dan 6 tahun lebih hingga 10 tahun.. Setiap perserta boleh menyertai 3 segmen iaitu menari, menyanyi bermain alat muzik atau gabungan kesemua bakat ini, serta membuat persembahan secara individu atau berkumpulan sehingga seramai 6 orang.. Jadi jika anak korang jenis malu-malu kucing boleh buat satu kumpulan.. at least ada kawan berani la anak tu nak buat persembahankan..hehe

Pendaftaran Dugrostar ini telah pun tamat pada 12 Oktober yang lalu.. Tinggal peringkat akhir je, finalis yang seramai 280 tu kena harungi untuk bergelar Dugrostar di 7 buah negeri!

Lokasi-lokasi Dugrostar Roadshow adalah seperti berikut : 

KB Mall, Kelantan
24-25 October 2014
Plaza Merdeka, Sarawak
31 October-2 November 2014
Sunway Pyramid, Selangor
31 October-2 November 2014
One Borneo, Sabah
8-9 November 2014
Mahkota Parade, Malacca
7-9 November 2014
KSL Mall, Johor Bahru
7-9 November 2014
Queensbay Mall, Penang
13-16 November 2014
 

Mesti ibu bapa nak tahu hadiah dia kan.. Hadiah dia ofcoz la menarik!

Tempat Pertama : RM5,000.00 + Trofi + Sijil
Tempat Kedua : RM3,000.00 + Trofi + Sijil
Tempat Ketiga : RM1,000.00 + Trofi + Sijil
Tempat Keempat hingga ke-20 : Hadiah Saguhati + Sijil

Booth activities juga disediakan di Dugrostar Roadshow :

*Dugrostar™ Step (Dance Machine)
*Dugrostar™ Beat (Music Machine)
*Dugrostar™ Style (Face Painting)
*Dugrostar™ Celebrity (Photo Shoot)
*Dugrostar™ Jump (Giant Pool of Balls)
*Dugrostar™ Creative (Sand Art)

Dalam pada tu juga Dugrostar™ Studio (Wild Card) video booth disediakan bagi membolehkan mereka yang tidak mendaftar lagi.. Kategorinya dibahagikan kepada dau : 3-6 tahun dan 6-10 tahun. Pendaftaran boleh dilakukan di semua 7 lokasi di atas dan seorang pemenang daripada 7 lokasi tersebut berpelung memenangi wang tunai sebanyak RM1000 bagi setiap kategori! 

Stage Activities :

*Dugrostar Finale
*Persembahan kanak-kanak yang menarik (invited)
*Pertandingan Mewarna
*Aktiviti ke peringkat lain

Paling best penyertaan ni percuma tanpa perlu bukti resit pembelian! Kanak-kanak juga boleh menikmati koleksi eksklusif barang Dugrostar dengan sebarang pembelian Dugro® bungkusan 900g dalam tempoh kempen seperti beg piano atau gitar, jaket eksklusif dan jam tangan serta banyak lagi..

Apa lagi korang jom sertai Dugrostar™ sekarang! mane tau bakat terpendam anak anda itu layak bergelar Dugrostar!



Jom kita layan Dugrostar Dance!

Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™ layari ww.dugro.com.my 

Ok ibubapa di luar sana cepat2 bawak anak join Dugrostar Roadshow ni okey! Mana la tau rezeki anak kot2 boleh menang dapat tempat pertama ker dengan hanya nyanyian jer..yang penting kita bawak anak2 datang join Dugrostar ni dulu okey.. ;)


piece : kathyjem

No comments: