Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, October 29, 2014

Merancang Masa Depan Anak

Semakin ramai yang memahami keperluan menyimpan emas tapi lebih ramai lagi yang tak tahu mengapa simpanan melalui emas itu adalah perlu dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak menentu.. Dalam keadaaan ini, salah satu alternatif adalah satu perlaburan emas..

Sebagai seorang ibu, pernah juga terpikir akan masa depan Raiisah, dengan kos pelajaran dan harga keperluan asas yang semakin meningkat, tak tertanggung beban rasanya kalau tidak mula merancang keluarga..

Apa kata kita mula melabur dan merancang untuk masa depan anak anda dengan perlaburan alternatif melalui Akaun Pelaburan Emas Maybank?

Semalam dapat jugak buka  Akaun Pelaburan Emas Maybank.. Dah lama plan nak buka akaun ni sebagai simpanan untuk Raiisah.. Itu pun setelah lama berGoogle dan buat study sikit2 bank mana yang sesuai untuk kami.. Maybank lah yang the best coz kita boleh beli emas tu dengan 1gram je minimum.. Sekarang ni anak berumur 18 tahun pun dah boleh buka akaun ni dengan ibubapa sebagai legal trustee..Lagi satu satu pelaburan macam ni kita tak pegang pun Emas tu..Bank yang pegang emas, dia cuma bagi buku yang ada transaksi berape gram emas yang kita beli & balance je..

Daftar dengan online sajer!

 

Untuk permulaan semalam kami melabur 1 gram je dulu untuk buka akaun.. Target kitaorang kalau boleh setiap bulan dapat tambah 1gram pun cukuplah.. Tapi itu semua depend kepada harga emas semasa dan budget kami bulan tu..Harap-harap konsisten la..hehehe

Kenapa aku kata Akaun Pelaburan Emas Maybank ni ok untuk rancang masa depan anak-anak anda?

1. Cuma perlu 1 gram untuk beli, jual dan kekal aktif akaun.
2. Jual beli emas melalui akaun buku simpanan pada bila2 masa di mana2 cawangan Maybank atau melalui perbankan interet, Maybank2u.
3. Pada mereka yang tiada "Cash in Hand", boleh juga dengan menggunakan kad kredit/debit Maybank anda, di cawangan-cawangan Maybank yang terpilih.
4. Potensi untuk dapar pulangan modal yang tinggi itu ada dengan kenaikan harga emas.
5. Ini merupakan salah satu cara untuk kita mempelbagaikan portfolio pelaburan.

Kalau ada siapa yang nak tau lebih lanjut tentang akaun pelaburan emas sebelum mula melabur, korang boleh tengok ni Akaun Pelaburan Emas Maybank. Segala details, terma dan syarat semua ada kat sini!

Para ibu bapa di luar sana tu aku saran agar korang start menyimpan emas untuk pendidikan anak-anak dari sekarang.. Sepertimana bernilainya emas, anak-anak kita lebih bernilai dari itu.. So, mulalah menyimpan emas agar mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada suatu hari nanti..

piece : kathyjem
            Semoga artikel ringkas ini dapat membantu kita membuat penilaian dan mengambil keputusan yang tepat demi masa depan kewangan kita. Renungkan sebentar dan mulalah membuat penilaian yang positif. DALAM KEADAAN EKONOMI DUNIA YANG TIDAK STABIL, EMAS ADALAH SIMPANAN TERBAIK. 
            Menyimpan KEKAYAAN di dalam bentuk EMAS akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
            EMAS adalah wang yang sebenarnya.  Sekiranya hendak menyimpan, simpanlah dalam bentuk EMASuntuk keperluan dan pelaburan jangka masa panjang, sederhana atau pendek.
- See more at: http://blog.eng.usm.my/myweblog/5614-2#sthash.FaYFhzPK.dpuf

4 comments:

NuRuL said...

as'slm sis.

Pelaburan emas dgn Maybank x patuhi hukum syariah di mana syarat dlm akad klu kita hendak melabur emas, emas tu haruslah kita pegang sendiri.

Ayu azmir said...

Blum pernah tau lagi ni... nak study jugak pasal ni

FadlinaMokhtar said...

I tak expert pasal ni tapi macam pernah terbaca pasal akad beli emas ni.cuba check dgn yang arif pasal hukum beli emas thru akaun ni.

Fiza Zasmi said...

Nampak macam best je pelaburan ni.. Tapi kene kaji balik ni, sebab diri sendiri tak arif.. :)