Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, July 25, 2012

Macaroni versi Melayu

Semalam masak paling simple.. Macaroni versi melayu...hahaha sebab apa aku kata versi melayu sebab ada cili kering.. hekhek.. Dah tekak melayu mesti la nak rase pedas.. Kalo tak pedas tak syiok maa..

Tu pon pening pikir nak masak apa.. Alahai kepala otak ni nak masak apa la petang ni... Nak masak nasi macam leceh pulak nak kena masak lauk pauk bagai.. Aku ni dah la tak terer masak.. Kalo tangan ni macam mak2 takper la.. Pengang jer senduk dah tau nak masak apa.. Ni tak dalam kepala asyik2 gulai lemak, sambal tumis, sardin, telur dadar.. hahaha tu jer yang aku tau pon.. ;P Nak buek macam maner muda2 tak nak belajar masak ngan mak kan dah rugi... hahaha :P Baru ko menyesal padan muka!

Petang tu dok borak ngan ofismate pasal masak untuk berbuke ni.. Sajer la borak kot2 la leh ambik idea kat situ.. Sekali dah borak2, salah serong kakak dalam ofis aku ni cakap semalam die masak Macaroni Goreng.. Eh Macaroni Goreng..! Terus rase macam nak masak... Balik kerja tu singgah pergi beli barang.. 

Ni antara bahan2 yang digunakan.. Semalam aku terlebih rajin nak menyenap gambar bahan2.. So kalo korang teringin nak masak Macaroni versi melayu ni leh la cube.. =)

Cili hijau, Daging Kisar, Lada Hitam, Mushroom, 1packet  Macaroni, Lobak, Telur dan Cili Kering yang di kisar..

Bawang putih dan bawang kecik.. Di potong dadu..

Sos cili, sos tomato dan olive oil..

Caranye mudah sajer :

1. Rebus macaroni sehingga empuk kemudian toskan airnya
2. Potong bawang putih dan bawang merah menjadi dadu
3. Blender cili kering
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi tu
4. Masukkan daging kisar kacau sehingga masak lepas tu masukkan telur
5. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan perasa
6. Akhir sekali masukkan macaroni, carrot, cili hijau, mushroom dan lada hitam gaul sehingga rata

Okey siap untuk di hidang..

Simple dan mudah kan..Selamat mencuba..

piece : kathyjem

6 comments:

Nazirah Azeman said...

tq masterchef,sy akan bt utk sahur nih :)

Siti Shuhadah said...

SEDAPNYEEE...

Hidayah Bach said...

hehe..nampak sedap la..
weekend nti try la..
weekdays tak sempat masak..
anyway kita dah follow awak..
:D

Mooniqueen said...

I pun love makaroni versi melayu...

Chekgu Azrine said...

Sdp jgk..klu tuko spageti pun ok kan?

.:shura shushi:. said...

Nampak sedap..! TERliur :))