Klik Yer!! Mekasih...

Friday, July 11, 2014

Tak Sahur

Salam Jumaat semua..

Uwaaa tadi tak sempat bangun sahur first time ni tak sahur.. Padahal dah kunci jam kol 4.45.. Sedar2 dah Allahu Akbar...... Gerak Affan.. B dah masuk azan la.. T_T Tak sedar bunyi jam... Nangis jap atas bahu Affan..hahaha

Harap2 dapat bertahan la sampai petang ni... Perut aku ni dah la kena makan nasi kalo tak petang dah lembik.. Semalam pulak aku buka makan kuih dengan bubur lambuk jer.. Sob sob...

Eh rase macam dah kurus la..bahahaha Muntah la orang dengar puji diri sendiri Kak Jah hoiii.. Kotak tu abaikan biaser la program macam2 kat ofis ni..

Ni la last makanan yang aku makan malam tadi sebelum nak tido Lompat Tikam... Tu pon makan sikit sebab simpan dalam peti ais nak bagi sejuk nak makan masa sahur nanti.. T___T

Kejap jer kan hari ni dah jumaat.. Tinggal 2 kali jumaat dah Raya..hewhew.. ^_^

*************************************************************************************************


Siapa suka berfesyen korang leh join contest untuk Pereka Fesyen.. Dasyat hadiah die.. 

MyCreative Lancar Fashion Pitch 2:  Peluang bagi Pereka Fesyen
Rebut Pinjaman Bernilai RM2 juta


Fashion Pitch 2,  satu inisiatif yang menawarkan peluang bagi penggemar fesyen untuk membentangkan kreativiti dan aspirasi mereka dengan menjalankan perniagaan dalam bidang fesyen. Mereka yang terpilih layak untuk memohon pinjaman sebanyak RM2 juta bagi setiap peserta. 

Fashion Pitch dianjurkan untuk merangsang pertumbuhan industri fesyen di Malaysia, dan meningkatkan pendapatan kasar dari industri fesyen Malaysia agar ia dapat menyumbang dan menjana ekonomi negara.

 Mereka yang berminat perlu menghantar kertas cadangan dan borang permohanan selewat-lewatnya pada 27 Julai 2014.

Selain mempunyai minat dalam bidang fesyen, pemohon juga perlulah merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Pemohon perlu menghantar kertas cadangan mereka ke fashionpitch2@mycreative.com.my bersama-sama borang permohonan yang dimuat turun daripada butang Fashion Pitch di laman sesawang www.mycreative.com.my.

Pemohon yang telah disenarai pendek akan dipanggil bagi satu sesi pada  “Hari Pembentangan” yang akan dijalankan pada bulan September 2014. Panel hakim yang akan mengadili sesi “Hari Pembentangan” terdiri daripada wakil daripada MyCreative dan pereka-pereka fesyen yang tersohor. Para pemohon akan diadili berdasarkan keunikan idea mereka.

piece : kathyjem

7 comments:

Shark Kay said...

x sahur tu best,
baru ada pngalaman berpuasa :)

Zairi Zakaria said...

Suka sgt2 baca blog kak kathy nie.... ♥♡♥♡♥

O'gosh Iskandar said...

alala..kesiannya...xpe..jgn tgk gambar makanan sampai petang..huhu

Zanira Noh said...

Aku 2kali terlajak sahur haha

dya said...

kathy kamu makin cantik lh :)

Bahrain Ramlan said...

Setakat ni tak ada terlajak sahur. heheh

husna zahidi said...

husna pon sama, jenis yg tak dpt tahan kalau tak sahur..sabar jelaa..

kak kathy, thanx for info yg psal fashion tuh, hehehe bkn nak join tp hsna dpt cpuv nuffnang psal tu, tp tak taw nak hurai apa benda, puas cari iklan tu kat blog org lain.. kat akak jugak ada..hehehe..