Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, July 24, 2014

Ke Pangkuan Bonda

Hari tu dapat jemputan ke Event PETRONAS sempena Kempen Pelancaran Hari Raya 2014 di KLCC.. Cakap pasal iklan PETRONAS teringat ada satu iklan PETRONAS yang aku sampai sekarang tak boleh lupa.. Alaaa mamat yang pakai helmet tu.. Iye2 tengah bawak motor dalam hujan lebat, tibe2 datang isteri die bawak payung.. Lol macam mane boleh bawak payung pulakkan atas motor tu sekali tengok tengah parut kelapa dalam hujan..hahaha Sabor jerla..

Iklan Raya kali ini bertajuk "Ke Pangkuan Bonda" memberi mesej tentang nilai murni yang perlu kita pelajari dari ibu-bapa kita akan ajarkan kepada anak kita menerusi tradisi keluarga yang diwarisi secara turun-menurun..

Video Hari Raya tahun agak ceria sedikit sebab selalu video-video Raya mesti sedih.. Kali ni PETRONAS buat kelainan sedikit baru la semangat ceria nak balik kampung beraya dan jumpa sanak saudara...



Video Raya ni mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan comel bernama Ani yang tinggal di kampung bersama keluarga dalam persiapan menyambut Hari Raya dalam usia muda.. Bile tengok video ni rase sedih pon ada gembira pon ada yerla teringat zaman kanak-kanak pergi beraya rumah keliling taman semata-mata nak kumpul duit banyak2 nak beli bag ngan kasut kat kedai uncle area rumah aku tu.. huhuhu Aku dulu kalo dapat duit raya tu la benda yang aku suka buat beli bag dan kasut sampai sekarang la hantu kasut..hahaha

Sedap betul suara penyanyi ni.. Masa dorang tengah tayang video tu dalam hati berkata *siapa la penyanyi yang menyanyi lagu raya Anuar & Ellina ni sedap sungguh.. Sekali tengok ooo Amelia AF ker patutla sedap..

Bila dengar dia nyanyi terngiang-ngiang aku suasana kampung lagi2 tengok video suasana di kampung halaman dengan budak2 tengah kejar ayam, bakar lemang, makan rendang.. Uwaaa lagi la rindu.. Dah lamanya tak balik kampung.. Since atuk dah lama meninggal kiteorang dah jarang balik kampung.. sob sob...

Tahun ni beraya di rumah Mak Sungai Buloh, hari ke-2 rumah mak mertua di Kajang.. ^_^
Dekat ajer takyah pening2 nak fikir balik kampung siapa dulu..hehe

Tak sangkat jumpe blogger cantik ni Nadia.. Selalu baca blog dia sebab suka tengok gaya dan penampilan dia yang sangat stylish..   

Tudung ku itu kenapakah begitu rupanya.. Tak suke nampak pelik pulak pakai macam tu..hahaha Tu style asal boleh namanya..kekeke Bersama Ceera, Namee, dan Nadia..

Tunggu sat nak masak rendang nak hidang kat tetamu yang datang..hihi

Nampak licin rendang kiteorang masak, al-maklum la masakan sedap.. >_<

First time jumpe Shazwani.. Cantik orangnya..

Berlatarkan pemandangan KLCC.. Abis event terus balik.. =)

piece : kathyjem

5 comments:

Unknown said...

dalam banyak2...kathy la yang paling ayu...huhu

kathy jem said...

O'gosh Iskandar : alaaa jgn ckp mcm tu malu kita..hehehe

Hafiz Hafizol said...

Ayunya awak kak.. Dengan bertudungnya, dengan berbaju kurungnya.... Hehehe... :")

DYatie ABakar said...

Cantik2 blogger hot ni semua. :)

Salam kenal dari yatie.

Kekzamanis said...

Lama tak singgah sini.. Bestnya dapar attend event mcm ni.. Boleh jumpa rakan2 blogger.. 😊