Klik Yer!! Mekasih...

Friday, April 17, 2015

Pelajaran Penting untuk Anak

--Scroll down for new entry--

Pejam celik, pejam celik tak lama lagi umur Raiisah 3 tahun. Sejak umur dia 1 tahun, dia mula berjalan aku dapat rasa pembelajaran seseorang itu akan bermula..

Sebagai ibu bapa, kami ada mengajar Raiisah mengenai "gestures" body language..bagaimana Raiisah boleh mengexpresikan kasih sayang kepada orang-orang di sekelilingnya seperti bersalaman, ciuman, ber"high five" dan hug2..

Simple je kan, bila mummy bagi cakap jer "Raiisah salam nenek," dia terus capai tangan nenek dan cepat-cepat nak cium sampai melekat air liur kt tangan nenek,,hehe..Tingkah laku Raiisah sebenarnya mempengaruhi dari perbuatan kita sendiri sebagai ibu bapa..Budak-budak kan cepat mengikut apa yang diorang tengok kt tv atau apa yang diorang baca...Contohnya macam perbuatan 'High Five', sebagai tanda perhargaan ke atas perlakuan dirinya yang positif atau sebagai penghargaan mummy pada Raiisah sebab Raiisah berjaya buat sesuatu seperti menghabiskan susu botol yang diminumnya, membuang sampah ke dalam tong sampah atau memasukkan mainan yang berselerak ke dalam kotak semula..

Selain daripada itu juga, "gestures" yang positif itu kami selitkan dalam perbualan setiap hari bagi memudahkan Raiisah faham dan dijadikan pembelajaran seperti perkataan yang mudah Raiisah faham dan boleh ikut bercakap seperti Good, sedap, habis, pandai, tak nak...


Raiisah dengan ABC memang tak lekang kat mulut si kenit seorang ini..Firstly, kami kenalkan Raiisah dengan alphabet melalui flash card sahaja tapi sekali sejak Raiisah tengok 'ABC Song, Easy Beaver' kat tv terus si kenit ni terbawa-bawa lagu ABC dalam tidur..Kelakar bila tengok dia tidur pun boleh mengigau nyanyi lagu ABC.. hehehe.. Raiisah Raiisah..hebat sangat anak mummy ni macam jadi cikgu Tadika pulak dalam mimpi tu..

Pasal nombor dan Alf Ba Ta..Alhamdulilah Raiisah dah boleh baca dan kenal nombor 1,2,3 sampai 10.. Huruf Alif Ba Ta sampai Ya  Raiisah dah bole tahu dan pandai sebut.. cuma ada sikit-sikit huruh Alif Ba Ta jer tak berapa nak kenal lagi..Takper pelan-pelan kayuh mummy boleh ajar Raiisah lagi dan Raiisah akan hafal semua huruf-huruf Alif Ba Ta semua tu ok...Mummy tak nak paksa sangat lagi pun Raiisah baru nak masuk 3 Tahun dan ada masa lagi dia boleh belajar semua tu..

Selalunya bila hari weekend keluar pergi jalan-jalan kat mana-mana..dah masuk parking kereta kat basement shopping complex, Raiisah akan nampak huruf H kat parking kereta, Raiisah akan cakap, tunjuk dan bagitahu "Mummy H' 'Mummy 7' ..Terharu Mummy dengar spontan Raiisah cakap macam tur sebab Raiisah dah kenal abjad dengan nombor yang dia nampak kat tiang tur...'Excellent Raiisah, Good Girl'

Baru -baru ni kami ada bawa Raiisah ke Zoo Negara untuk dia kenal binatang..Kanak-kanak memang sukakan binatang..Raiisah dapat tengok macam-macam binatang yang ada kat Zoo aritu macam Gajah, Harimau, Burung-burung, Panda..kadang tu ada juga binatang yang dia kenal tanpa kita bagitau..Pandai anak mummy dah kenal binatang..Paling kelakar bila tengok harimau, siap buat bunyi harimau tu aum..aum..aum...hehehe..


Sepanjang melihat perkembangan Raiisah dari 1 hingga hampir nak masuk 3 tahun ini kami sebagai ibubapa akan teruja melihat Raiisah dapat mempelajari 'Basic Education' di rumah.. Kami sebagai Ibu- Bapa amat berharap dengan sedikit pengetahuan yang kami berikan itu Raiisah minat mengikuti pembelajaran dan dengan sendirinya ada naluri belajar di sekolah suatu hari nanti..

Teringat kata seorang rakan sekerja, Kalau nak mendidik anak ini seperti "flying a kite", tarik benang pengikat layang-layang dengan perlahan-lahan supaya layang-layang dapat terbang dengan mudah ke awan...gitew..

Sebagai ibu pula rasa bertuah dapat memberikan keperluan asas dan peluang untuk Raiisah belajar dan meneroka pelbagai pengalaman baru setiap hari. Tak kiralah sedikit manapun, asalkan dapat mengajar Raiisah erti kehidupan and pendidikan asas pun dah kira beruntung. Tapi dalam semua perkara yang kita buat setiap hari kita perlulah ingat terdapat anak-anak yang tidak dapat menikmati kemudahan dan nasib seperti yang kita ada. Lebih-lebih lagi apabila terdapat sekurang-kurangnya 1 daripada 25 anak warganegara Malaysia yang dikatakan tidak dapat menyambung pelajaran ataupun tidak mempunyai akses untuk memulakan pendidikan rendah.

Inilah masanya kita harus bersyukur dilahirkan dan duduk di bandar penuh dengan adanya bermacam- macam kemudahan asas. Cuba kita lihat bagaimana dengan nasib anak-anak penduduk orang asal di Kampung Chuweh, Tasik Banding Grik, Perak. Jauh di pedalaman tanpa kemudahan asas yang tidak mencukupi dan serba kekurangan. Bayangkan betapa sukarnya untuk anak-anak ini melalui hidup setiap hari dengan kemudahan yang tidak seberapa, apatah lagi peluang pendidikan.

Tetapi dengan adanya, Program Perjalanan Ke Sekolah Bersama Horlicks membuka peluang pendidikan kepada kanak-kanak ini dengan kerjasama dengan masyarakat dan organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu Malaysia Association of Social Workers (MASW) bagi membantu pelbagai cabaran yang menghalang kanak-kanak daripada mendapat daripada mendapat akses penuh kepada pendidikan. Harapan Horlicks dengan program perintis ini adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua rakyat di Malaysia dan menyebarkan kepentingan pendidikan kepada semua kanak-kanak Malaysia dan yang lebih penting dapat memberi manfaat kepada seluruh kanak-kanak orang asal Kampung Chuweh, Grik, Perak untuk mendapat pendidikan formal seperti kanak-kanak lain di bandar. Penempatan penduduk Kampung Chuweh terpisah kira-kira 100 meter dengan Tasik Banding, akses melalui bot menjadi pilihan penduduk di sini.


Jadi dengan inisiatif perjalanan ke sekolah bersama Horlicks dapat memberikan pendidikan kepada kanak2 di Kampung Chuweh ini untuk mereka menjejaki kaki ke sekolah dan bercita-cita untuk menjadi doktor, guru dan sebagainya lagi..Ibu bapa dan pemimpin masyarakat perlu sedar bahawa pendidikan penting untuk mengetengahkan potensi sebenar anak-anak ini setaraf dengan kanak-kanak di bandar.. Berikan peluang dan perhatian kepada kanak-kanak di Kampung Chuweh ini dan bantulah mereka dengan usaha bersama Horlicks.

Dengan melihat kanak-kanak Di kampung Chuweh ini mendapat pendidikan dapat memberi kesedaran bahawa pentingnya pelajaran untuk anak-anak kita.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program Kampung Chuweh ini anda boleh klik di pautan di bawah ini.

http://www.horlicks.com.my/schooljourney
http://www.horlicks.com.my/schooljourney/projects



Untuk maklumat terkini mengenai program ini, sila klik  mengetahui lebih lanjut di halaman (Horlicks Inisiatif Perjalanan Sekolah Facebook) dan marilah kita sama-sama kongsi tentang program ini di laman sosial anda supaya lebih ramai yang tahu tentang inisiatif murni : https://www.facebook.com/HorlicksMalaysia

piece : kathyjem

3 comments:

yoorin melacolea said...

terbaik mommy.. lgpon cepat jugak raisah tangkap pembelajaran ye.. dulu kite 5 tahun baru kenal abc.. hehehe

kathy jem said...

yoorin melacolea : kan..sama la..hehehe dah masuk darjah 1 baru pandai mengeja..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kathy,
waaaaaaaaaaaa
pandai raisah
abang fayyadh pun tak terer lagutu lagik
sob3