Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, June 30, 2015

Bulan Puasa Pergi Mini Zoo

Hari tu bawak Mek Echa jalan2 Mini Zoo dekat Bukit Broga..tak plan pon nak datang sini..Dah sampai rumah Umi, tup tup Umi takde keluar pergi cari barang..Nak tunggu takut Umi lama, kunci pulak takde tapi sebelum tu dah bagitau Umi kiteorang nak datang Kajang..Call-call Umi tak angkat, maybe tak dengar kot.. Affan cakap round2 dulu sementara menunggu Mak dia beli barang masak untuk anak2 yatim..

Dah alang2 ada kat Kajang moh la kita pergi Bukit Broga..tak pernah sampai Bukit Broga sebenarnya...sedihkan..Cakap pasal Bukit Broga teringat sebelum pregnantkan Raiisah aku pernah plan dengan Ceera nak mendaki Bukit Broga, alih2 dua2 pregnant..maka terbantut la hajat kami berdua nak mendaki Bukit Broga..sampai la ni tak naik2..Ceera sampai dah beranak 3 pon  plan tak jadi2 jugak..Eh nombor tu belum lagi..Ceera jom tahun depan..hehehe Ada berani..

Tak tau pon kat Bukit Broga ni ada Mini Zoo..Affan cakap masa dia kecik2 selalu datang sini..

Matahari mencanak atas kepala bawak anak pergi Mini Zoo, sendiri mau ingat la yer..dah la puasa..hikhokhikhok

Sampai2 nampak horse.. 'Mummy horse' pastu buat bunyi horse..

Sebelum nak masuk beli lobak sebungkus nak bagi binatang2 kat sini makan..Sebungkus RM10..

Rabbit Fun Land ni ala2 mini zoo pon ada..tapi tak banyak sangat binatang yang ada kat sini..tempat ni dah lama kot dari zaman Affan kanak2 dah wujud Rabbit Fun Land ni..

Bagi kambing makan pulak..sabar kambing jangan berebut-rebut, riles sekor2 dapat makanan..banyak tu kami beli lobak untuk hampa..

Ekk kepala oden tersangkut..

Comel tak saya..Rasa macam nak naik jer atas keldai tapi sebabkan puasa maka simpan la hasrat itu di kemudian hari..

Seksi betul tanduk kambing putih ni..

Alololo cebek pulak kambing cokelat ni..

Bye goat cee youu! amboii siap bersee you dengan kambing lagi ye..suruh datang dekat takmo, tengok dari jauh jer..penakuit!

Hi deer!

Seronok Mek Echa tengok binatang-binatang kat sini..

Sekejap jer Raiisah tak lama pon mummy suruh awak berdiri atas tu..Nak ambik gambar dengan deer jer pon..

Kena kejar dengan kambing..lari tak pijak tanah...

Elehh mummy pon penakut jugak..eksyen berani konon..

Affan pon takut..kakakaka..cuba lari dari kambing..Affan kan bawak makan, tu yang kambing tu beria-ia datang kat Affan nak lobak dalam plastik tu..hahaha

Sudahnya campak lobak dengan plastik2 kat kambing tu..selagi tak bagi selagi tu kambing tu sondol Affan..hahaha Raiisah dah menjerir-jerit masa ni..

Larii!!..kambing tu semakin mengganas..hahaha Apa la b, yo yo oooo jer pernah jaga kambing masa kecik la, pernah jadi penternakan kambing la, tidur dengan kambing la..Kambing sondol sikit lari lintang pukang...hahaha

Awat comel sangat awak ni..Nak ikut balik takk?

Suka Raiisah tengok monkey..

Bye monkey! see you again..muncung2 mulut.

Puasa yer Cik Kuda.. Kesian berlepek kat situ..

First time tengok lembu besar rumah..tak agak-agak la kan besar rumah..ye betul tak tipu, besar giler kot lembu tu.. 'Huny cuba tengok telur die, bapak besar...berapa kg la telur dia kan'... Cehhh tu yang awak tengok..

Rabbit ni pon tengah keletihan berpuasa..Sat na rabbit nanti kite berbuka yer..hehehe hoiii pukul 1.00 tengahari tengok mini zoo rasa nak terjum kolam..Kolam mana kolam.. =P

Nampak Bukit Broga belakang tu, cantikkan..pas raya nanti nak ajak Ayu dengan Aseng naik la.. =)

Last sekali kiteorang masuk taman arnab..lebih 20 ekor kot arnab dalam taman ni..

Dengan arnab berani la pegang sebab pernah bela arnab..Kalau tak jadi Mek Echa jugak aku dalam taman arnab ni..kikiki

'Huny buat panggang sedap ni'... B tak agak2 la comel macam ni nak buat panggang..

Alalala comelnya awak kat belakang kayu tu..Berdiri tegak macam tu..Eeee rasa nak bawa balik bela sekor...tapi tu la arnab ni sangat2 sensitif, sakit sikit jer dia mudah mati..

Yo yo aku berlari ingat dorang tengah mandikan kura2 tu..rupa-rupanya perhiasan jer..ciss akak tertipu..

Seronok yer bang..dah moh balik..Mak awak dah call ni..

Masuk RM5 jer..

Kehausan yer..sedapnya minum..mummy nak cikit..Takleh mummy puasa la..
Buka puasa nanti nak minum air manggo lasi bersama buah longan..haus sangat tu..kekeke

Sedih nau tengok sign board Rabbit Fun Land ni..cuba dicat cantik sikit sign board tu baru la semangat orang yang lalu depan Rabbit Fun Land ni nak datang..Aku mula2 sampai tertanya-tanya kat Affan..Dah tutup ker apa Rabbit Fun Land ni..Macam sedih jer tengok tempat ni..tapi bile dah masuk wow terus rasa tak nak balik..tu la lain kali jangan tengok luaran jer..

piece : kathyjem

14 comments:

Princes Yuyue said...

comel laaa anak akak, biar rambut serabai camgitu pun still comel... geram :)

yoorin melacolea said...

macam farm in the city kat bangi laa ni kan..siap boleh pegang2 binatang lg.. best..best

aswaleyla said...

semangat mek echa tengok binatang panas panas ni

Zaza Abdul Latif said...

Pernah lalu je kat tempat ni tak pernah singgah.. hhihi
Kathy nak naik broga nanti nak ikutttt.. kita pun dah lama bercita2 nak naik broga.. tp tak kesampaian sebab kengkawan semua pemalas mcm unta padang pasir.. hahahhaha..

FadMN said...

rambut mek ecah memang epik betul.kehkeh.
betul la,tempat ni kena up sikit maintenance,dari luar nampak tak menarik jer.boleh la singgah bwak anak nanti :)

kathy jem said...

Princes Yuyue : lupe nak bawak getah rambut sebenarnya..hehehe

kathy jem said...

yoorin melacolea : kat bangi pon ada jugak macam ni..apa nama farm tu??

kathy jem said...

aswaleyla : kan..panas pon panas la janji dpt tngk binatang walaupon takut..hahaha

kathy jem said...

Zaza Abdul Latif : jom Zaza..bile tu?? lepas raya nak?? ;)

masdila said...

kembang hidung mek ecah minum air hihi

Afidah Azmi said...

rasanya lepas ni.,.diaorang kena update sikit papan tanda tu kan.Bagi cantik,kemas dan menarik perhatian.Disamping tu..Rasanya para blogger bolehla promot tempat macam ni..mana tau pelancong asing suka.
hehehe..lepas raya nanti nak p gak la...suka pegang keldai..

Gina said...

Nanti nak singgah jugaklah

ComelComot said...

comel giler mek echa ..kiut tahap planet ni.

Myra Azraff said...

eeee comel gilos bunny tu, suke tengok gambar yang akak pegang dedua telinga bunny tu muahahaha