Klik Yer!! Mekasih...

Friday, October 12, 2012

Nak Dekat Beranak Elok Minum Akar Kayu Fatimah& Air Selusuh

Sape nak dekat bersalin elok minum akar kayu fatimah ni.. Bagi mempercepatkan proses bersalin orang kata.. Ada orang cakap daun @ bunga @ akar @ genggam siti fatimah.. tak tau nak sebut yang mane.. Yang aku tau akar fatimah ni banyak khasiat die.. Nak tau khasiat die search dalam google la yer.. Aku malas nak search sebab pakai hp update ni kan so payah skit... hihi


Aku masa nak dekat bersalin ari tu minum.. Alhamdulillah cepat jugak proses aku bersalin.. Orang kata kalo dah nak dekat bersalin akar fatimah akan kembang.. Tak caya korang tengok ni akar fatimah yang aku rendam elokkan kembang jer kan.. Ni aku rendam seminggu sebelum nak bersalin.. Tengok warna die pon dah tau kan rase die macam mane.. hahaha.. Aku tak nak bagitau macam mane rase die korang minumla nanti korang tau la sendiri rase die macam mane... kekekeke..


Redam ari ni besok dah leh minum...

Air selusuh pon elok jugak minum.. Aku aritu mak mertua siap bawakkan 2 botol besar air selusuh untuk aku minum tu pon untuk orang kata bagi senang poses nak bersalin..Aku ingat air selusuh tu macam manelahkan upernye.. Rupenya air biasa jer ada baca ayat al-quran.. Hurmm okey.. Korang yang nak bersalin tu elok minum 2 air ni.. :)

piece : kathyjem

7 comments:

irenedahayu said...

emmmm ayu minum jugak, tapi 1cm 1 jam buka.. tengok orang sama kot sbb ayu minum perut 8 bulan.. mungkin awai sangat..

kathy jem said...

Ok jer klo minum nk masuk 8 bulan..tp lg elok minum dh rase sakit2..

Mooniqueen said...

Pernah dengar tapi tak pernah try lagi sebab taktau nak cari kat mana...

kathy jem said...

Akar fatimah ni mmng susah nk cr..Tanye la sape2 nk pg mekah boley mintak kirimkan..

kathy jem said...

Akar fatimah ni mmng susah nk cr..Tanye la sape2 nk pg mekah boley mintak kirimkan..

missalongwani said...

oooo...mcm tu cara minum...baru beli akar ni..tp xtau cara..now dh tau..tq...oh ya..kalu nak beli leh g kat fb ni..kite pon beli kat fb ni.. :)
http://www.facebook.com/pages/kedai-Ar-Rashid-Resource-Anis-Wonderland-/338867846165328

Pn Mardhiah said...

As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..