Klik Yer!! Mekasih...

Friday, July 4, 2014

Pampers Kering Sepanjang Malam

Salam..

Hari ni nak bercerita pasal Pampers atau lampin pakai buang.. Entry ni aku cerita berdasarkan pengalaman aku la.. Yang mane boleh dijadikan rujukan, silalah ambik yang buruk jangan tiru ok..hehehehe..

Pemilihan pampers untuk anak-anak amatlah penting bagi keselesaan anak-anak dan memastikan kulitnya sentiasa sihat dan tidak mudah terkena diaper rash apabila buang air kecil/besar.. Yerla kadang kita sebagai ibu kena bagi perhatian lebih tentang betapa penting bab penjagaan lampin pakai buang terutamanya untuk bayi yang baru lahir.. Jangan pandang remeh sebab ia berkaitan badan anak kita..

Sekarang ni ada cuba lampin pakai buang untuk Raiisah jenama Pampers.. Yerla sejak jadi ibu ni aku cuba memilih yang terbaik untuk Raiisah dan paling penting setiap sen yang aku keluarkan membeli barangan keperluan Raiisah haruslah berbaloi.. So kat sini aku nak kongsi pengalaman aku menggunakan jenama Pampers ni untuk Raiisah..

Corak yang sungguh comel dan menarik..

Aku nak tunjuk betapa bagus jenama Pampers ni.. Lapisan dia nipis, getah kat bahagian tepi die lembut jer.. Bila pakai tak ketat sangat..

Material bahagian dalam yang sangat lembut selembut kain sutera.. ^_^

Aku bereksperimen sendiri tau nak tunjuk kat korang betapa cepatnya penyerapan Pampers Baby Dry ni..

Aku tuang satu cawan air colour merah.. Kira tu air kencing baby la.. hahahaha Takkan la nak letak air kencing betul2 lak kan tak sanggup nanti korang nak tengok.. =P

Tak sampai berapa saat air terus menyerap sekelip mata..

Aku pedap dengan tisu kat permukaan lampin pakai buang yang aku curah tadi tu..

Dan ini hasilnya!!!

Walaupon dah tuang air 2 cawan permukaan dalam tu masih lagi lembut.. Korang imagine tak 12 jam tak tukar diaper yang memang dah berat sangat tapi masih tak bocor..

Paling menakjubkan ialah kulit Raiisah yang kat dalam tu langsung tak basah masih kering.. Hebatkan!

Pelekat pinggang pon sangat mudah dibuka dan tak cepat rosak.. Boleh digunakan semula jika lampin masih boleh digunakan..

Nak buang pon senang just lekat jer macam tu..

Uuuucakkk!

Pampers Baby Dry ni buat peha Raiisah tak merah-merah lepas pakai sebab tak ketat dekat paha.. Raiisah memanjat, berlari, melompat-lompat untuk berjam-jam lamanya tapi tak bocor langsung..

Siang hari pon dah tak risau bocor yerla Raiisah ni siang dia aktif lain macam..hahahaha.. Kadang2 tengok die berlari2 dalam rumah risau gak bocor ke apa.. Namun sangkaan mummy meleset.. Tak bocor pon.. =P

Siang tido lena malam pon tido lena..


Pampers ni kelebihan die adalah design die yang lebih selesa dengan kulit anak-anak.. Design menarik lebih selesa untuk anak-anak bergerak dan kulit sentiasa kering dan selesa.. Boleh tahan sehingga 12 jam! Pampers dapat menghalang daripada kulit melecet, ruam dan macam-macam lagi..

Happy sangat guna Pampers Baby Dry ni untuk Raiisah.. Sangat sesuai dengan kamu yang sedang membesar dengan aktif.. 

Raiisah happy, mummy pon happy!

Sekarang ni setiap malam aku dah tak payah nak berjaga tukar pampers Raiisah 2 3 kali.. Raiisah pulak jenis yang minum susu sebelum tido.. Faham2 jerla kalo dah minum susu mesti kencing pon banyak.. Kalo dah kencing banyak mestilah banyak kali nak kena tukar pampers tengah malam kan.. Pampers ni tak payah buat macam tu sekali pakai cukup tahan sampai besok pagi..

Tengok Raiisah bangun pagi hepi sebab tido malam yang lena sebab Pampers memberi kekeringan sepanjang malam.. Ohh memang puas hati la guna jenama Pampers ni.. Memang aku sarankan kepada ibu-ibu di luar sana supaya menggunakan jenama Pampers ini untuk anak.. Dari segi harga, Pampers memang mampu dimiliki kerana harga berpatutan.. =)

piece : kathyjem

16 comments:

Unknown said...

boleh dah raiisah kuar dalam iklan pampers lepas nie.
kiut miut jer depan kemera ni.

lizaufa said...

patut cuba ni!

kathy jem said...

Shark Kay : hehehe model ketot.. =D

kathy jem said...

Norliza Romizi : memang kena cuba bagus brand Pampers ni tak mudah bocor..

Ayu Firzara said...

Kathy..iklan berbayar ke nih...eehehehheeh...

Ayu pakaikan Zahra Mamy Poko Pants tu...tp lately nih kulit dia mcm gatal2 sikit...so ok jugakla kalo nak juga pampers nih..hehehe...bye

Unknown said...

wahhh..info terbaik ni..nk carik terus..

Taty Hasbi said...

gambar last tu Nampak sangat muka raisah mcm muka daddy dia..hihi..

freezal said...

Ada lagi rupanya brand Pampers ni eh?

Selalu tgk kt Hyeprmarket mcm takda je :(

Unknown said...

hehehe sempat lagi tu melaram..comel je dya.. baguslaa kalau dah jumpa pampers yg sesuai kan..:)

ijan said...

Kathy,

Boleh percaya ke ni..hehe. Sebab anak jan memang malam pakai mamy poko.. minum banyak budak tuh malam2.. kalau tak salin sekali, memang berat giler pampers, mahu 2kg! hahaha.

kathy jem said...

Jan@Afzan : mestila kena percaya..hehe..kathy pakaikan utk raiisah malam takyah tukar pampers..

JULIANA BT HUSSAIN said...

hai kathy..comelnya kasut anak u..bli kat mane ek?tq

kathy jem said...

JULIANA BT HUSSAIN : hehe tu kasut i bukan anak i punye..hehe

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Beli kat ner ye jname pampers nie..huhuhu sbb lame da cari brand x jumpe la..

Unknown said...

Beli kat mne ye??sbb cari brand nie x jumpe la...