Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, September 16, 2015

Jerebu Makin Kurang dan Selamat Hari Malaysia!

Alhamdulillah jerbu makin kurang..baru hari ni nampak cahaya matahari kalau tak mendung macam nak hujan, nak bernafas pon susah..Dua hari plan nak buat aktiviti sempena birthday aku terpaksa cancel atas sebab jerebu teruk..nak bawak Raiisah jalan2 pon tak berani sebab dia baru lepas sihat..hari tu seminggu batuk selsema..

Walaupon cuaca makin baik hari ni, tak ada plan nak pergi mana2..memang nak duduk rumah, nak kemas rumah, nak basuh kain, nak lipat kain, nak tidur..bangun tido lepak tengok tv dengan Raiisah..lagi syiokkkk!

Sabtu sampai Rabu cuti weii..besok kena kerja dah..cepat nauu..

Tengahari tadi Affan bersemangat masak kari daging..tu pon lupa cara nak masak kari..hahaha Dah lama tak masak kari kan..terkial-kial kat dapur..aku nak tolong tak bagi..dah hujung2 masak lupa nak masuk santan..hahaha tu la berlagak lagi nak tolong tak bagi..boleh santan masuk last sekali..pon boleh la b, janji makan..masuk perut jadi taik jugak..kekeke Apa2 pon memang terbaik la b punya kari daging walaupon santan masuk last sekali kan..rasa kari daging b sangat mantop!

Hari ni Hari Malaysia..Semalam birthday aku 15 September..hehehe..Syok birthday jatuh sehari sebelum Hari Malaysia..Nak apply cuti paling best sekali..hehehe Korang buat apa hari ni?? Jerebu dah kurang mesti macam2 aktiviti korang nak buatkan..

Tak kira siapa kita, asalkan dari Tanah Malaya, bumi Malaysia, berbangga dengan perjuangan generasi lama mereka yang menuntut Merdeka..Semoga keharmonian dapat dikekalkan di Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk yang bebilang kaum, adat, budaya dan agam..Selamat Hari Malaysia!

piece : kathyjem

1 comment:

lia ummiirfan said...

singgah sini.. nasi dan lauk simple tapi nampak sedap! :))

Tips bertudung nampak cantik