Klik Yer!! Mekasih...

Monday, September 28, 2015

Takda Mood Nak Beraya Qurban Tahun Ni...

Salam korang..macam mana raya qurban korang meriah tak?? saya biaser2 ajer..takde menarik pon..ni semua baju raya punya pasal..terus takde mood nak beraya Aidiladha tahun ni..huuuhhh sakit hati betul! ni kalau cerita kat korang sampai besok tak abih...hahaha geram weiii..

Korang bayangkan dari sebelum bulan puasa hari tu aku hanta baju raya sampai sekarang tak siap2..kalau ikutkan nak pakai la masa raya puasa hari tu..hanta 4 pasang sekali 2 pasang jer yang siap..ok la dua pasang siap, boleh pakai untuk raya dulu..lagi 2 helai yang tak siap tu boleh pakai untuk hari raya qurban pulak..last2 tak siap jugak..pastu nak salahkan aku napa besok nak raya haji baru call nak datang ambik..

Eh! hello Tariq.. i bagitau u seminggu sebelum ni lagi dah call nak datang ambik..U kata lepas Raya puasa hari tu boleh siap..tak, kan sampai sekarang tak siap2..lepas abis Raya i tanya lagi, ok i baru nak jahit..2 minggu sebelum raya qurban ni pon i remind u lagi suruh siapkan..takkan tak siap2 kot Tariq oiii! takkan setiap kali nak datang setiap kali kena call 3 4 kali..

Yang paling tak boleh tahan telinga ni bila tailor aku tu cakap baju Raiisah dia tak buat langsung sebab tak cukup kain..aku beli kain tu 6 meter kot tak kan la untuk Raiisah tak cukup..Raiisah pakai berapa meter je pon..tak kan nak bagi 20 meter baru kata cukup..Kain sari yang mak mertua aku bagi tu pon dia kata tak cukup..padahal buat kain kurung moden jer pon..Raya2 sebelum ni pon sama jugak..bila baju Raiisah je kain tak cukup..kain sari kan selalu 6 meter kan..tak kan tak cukup jugak kot..malas cakap jer malas Tariq jangan bagi alasan kain tak tak cukup..

Tariq ni memang tau setiap tahun buat hal pasal baju raya aku..bukan first time, sekali dua kena macam ni, dah banyak kali kenaaaaaaa..memang tahun ni last aku hanta baju raya kat dia..ni paling aku tak tahan bila dia start meninggi suara and nak menyalahkan aku sebab dia kata, "kenapa hari ni nak ambik baru hari ni u call i tanya pasal baju anak u?? ni paling aku tak boleh terima ni..kalau ada tong ngan simen dah kena dah Tariq ni..3 4 kali ok aku tanya pasal baju Raiisah, di ulangi 3 4 5 kali ok aku remind dia pasal baju Raiisah jangan lupa buat..boleh dia kata dalam buku dia tak ada rekod untuk baju Raiisah kena jahit lagi dua helai tu..ni la dia perangai Tariq..masa hanta kain ukur badan semua tu, semua kat boleh boleh boelh, kain cukup cukup cukup,  ok ok ok boley buat, semua boleh buat..alih-alih takleh buat..lain kali customer cakap tulis la dalam buku tu rekod jangan anguk2 kepala kata okey2..last-last KO! eee geramm aku..ada sebelah kena sekeh dah Tariq ni..sengal!

Sori kawan2 terlepas geram kat sini pulak..

Tariq ni memang kalau korang nak hantar baju raya kat dia kena 20 kali call remind kata dah siap ke belum, dah siap ke belum..kalau korang datang sajer2 nak ambik baju dengan harapan baju tu dah siap memang tak la ye..dia tak kan buat melainkan 10 juta kali korang call dia tanya pasal baju korang dah jahit ke belum..kawan2 ofis aku pon, aku dah bagitau siap pasal Tariq ni..korang nak hanta kat Tariq boleh tapi memang risiko sikit, bukan sikit besar..dah tau customer ko ramai hanta kat ko jahit la baju customer mana yang hanta dulu..ni tak ko dah kenal lama customer tu pergi siapkan baju orang tu kenapa?? abis orang yang hanta baju awal tu bila pulak ko nak siap??!! ni la sistem Tariq dari dulu sampai..kalau macam ni la Tariq u punya system memang tak lama la..ramai customer  u akan lari..

Dah la raya puasa hari tu Affan bising baju raya aku ngan Raiisah tak siap2..sehari sebelum raya dari pukul 2ptng sampai kol 6 tunggu baju aku ngan Raiisah baru hegeh nak jahit oter sana sini..sakit hati kan..Ni last aku hantar kat Tariq tahun depan No more Tariqqqq!

Sebab tu bila korang tanya pasal tailor mana aku hantar?? baju cantik la. hantar kat mana la?? sekian2...aku malas nak rekomen kat korang..tak nak jadi macam ni la..Tak dinafikan dia jahit memang kemas, cantik, selesa dan murah..Tapi patut ke kita dapat layan macam ni setiap tahun..nak kena seharian duduk kat kedai ko tunggu baju raya semua siap..nak kata lambat hantar, sebulan sebelum puas lagi dah hantar..huh dah la malas nak cakap pasal Tailor baju raya aku ni..

Ni awal pagi Raya Qurban hari tu..nak pergi beraya masa ni..Raiisah penat sangat malam tu tidur lambat..pastu kena paksa bangun tidur pun mulut ternganga-nganga dalam kereta..

Ni dia la yang edit ni..hahaha Kesian muka daddy ko nampak..mummy ok la nampak separuh..

Marah, marah jugak muka selfiak kena letak jugak..kekekeke..Hari Qurban tu tak pergi mana2 pon..Beraya rumah mak mertua di Kajang and rumah mak di Sg. Buloh..mood raya tahun ni ke laut atlantik..hahaha First time guna apps B612 terus muka glowing2 gitew..

Daddy Raiisah macam biaser la bila tak tahu nak buat apa ni la dia mainannya..

Eeee Mekcha ni..geram banyak nau akai sekarang ni..Sabtu ni birthday dia nak masuk 3 tahun..nak buat kat mana ek..malas pulak rasa nak buat apa2 birthday Raiisah tahun ni..hahaha bagi dia cake tiup lilin jer la kan..hahaha Boleh macam tu..Boleh jer janji sambut jugak, kann..

Rambut ni tunggu masa jer nak kena potong..panjang sangat dah..

Takyah guna iron curl natural sendiri..hehehe Tahun depan nak masuk school dah Mekcha ni..Tadika pon tak register lagi..nak kena start survey dari sekarang ni..korang rasa tadika mana yang ok ek??

Ni bukan baju tempah kat Tariq tu yer..bukan! baju ni beli kat Nile.com..murah 30hengget jer..hehehe kain hak lama punya, sarung jer..Baju Raiisah rembat jer baju mana yang ada dalam almari..

Ok tu jer cerita Raya Qurban ku pada tahun ini..Sekian terima kasih..ingat jangan di tanya soalan baju raya tempah di mana?? tak nak jawab.. -_______-

piece : kathyjem

20 comments:

sedutzone said...

kalu takdak mood nak raya, yiieehaaaa... kita cari mood tido...yeahhh...

sedutzone said...

singgah petronas jap...isi minyak satu kali...yiieehaaaa...

Pretty Sweets said...

Selamat hari raya Kathy.........i pon blk uma mak kt kjg je... hehe.. pls ajar cmne pki shawl cmtu T_T tantik sgt

Pretty Sweets said...

Lg 1,bole try survey brainy bunch for Raisah... omel sgt raisah ni.. jgn la ptong rmbut dia taw.. haha

Nabihah Arrose said...

Saya beraya aidiladha nie duduk rumah makan lauk daging korban jelah kak kathy :-)

Arora's said...

jom dtg hentian kajang.byk tailor buat kemas Dan cantik.

Baiduri said...

Sepoi je nk raya klu baju xsiap kan? Pepon tuan umah totap gojes d hari raya ^___^

kathy jem said...

Pretty Sweets : Brainy Bunch ok ek?? tapi macam mahal la Brainy Bunch tu kan..hehehe

kathy jem said...

Nabihah Arrose : sama la dok rumah makan daging qurban jer..hehehe tu pon yang best..pastu kroihh kroihh tidur..hihi

kathy jem said...

Arora's : yeker..ada nombor tel tailor kat Kajang tu tak?? boleh try hanta baju kat situ..

kathy jem said...

Baiduri : tau takper terus takde mood nak beraya..huhuhu

Tengku Fauziana said...

marah benar ni..mak mertua jadi mak mertau..tak cukup jadi tak culup..hehehe..sabar ye kathy..
Baju nile ni, cantik je pon..

Mommy Cici said...

comelnya Raiisah. jangan lah potong rambut dia, cantik dah tu. ke dia sendiri rimas?

I tumpang sakit hati dengar cerita you ni . mmg susah nak jumpa tailor yang jahit kemas sekarang ni, semua cincai je pastu mark up tinggi tinggi. tapi kalau dah kurang sistematik mcm tu buat sakit jiwa je. pastu I tak suka tailor yang dulu kan baju orang lain. tak ikut turn. kalau orang tu pujuk rayu sikit, atau vvip sikit, terus baju kita kebelakang. grrr.

btw yang bab tak cukup kain tu, agaknya dia yang tak reti measure kot, sebab tu banyak kain terbuang. tu jadi tak cukup. takkan lah tak boleh. anak I 2+ kain dia 2 mtre je

mama arissa said...

kak kathy aja la cara pakai shawl mcm akak pakai ni...hehehe

zwita said...

marah-marah pun comey gak...ikut style kak Zwita Alwi ni..nak tempah baju kena tipu tailor..jgn cakap nak pakai untuk raya, tapi cakap utk kenduri kawen. bila dah siap, jangan simpan dlm almari rumah kita..simpan kat umah mak ke, umah akak ke..kalau simpan umah sendiri, alamatnya, baju tu tak sempat pakai utk raya...hihi..

Fizah Mohd said...

macam saya gak kisahnya tempah baju raya dengan tailor. Lambat siap...berkali-kali call, last minit baru cakap kain tak cukup untuk anak yang umurnya tak sampai setahun pun masa raya hari tu. Lepas tu, bila dah siap masyaAllah..punyalah besar. Last-last saya minta ganti rugi tak mahu baju tu dan saya mahu duit untuk harga kain yang saya beli. Bukan sepasang tapi dua pasang, nasib baik bukan 4 pasang kalau tak mahu berlagu nangisnya. Saya pernah terbit entry pasal ni tapi terpaksa dipadamkan sebab tak mahu dah panjang2kan cerita bila dia dah bayar gantirugi.

Izzati Ghafur said...

samalah kita ... hilang mood terus

mairah mairah said...

comel rambut raisah..jgnla potonggg..syg..eh.heheh.

suezen said...

cantik br raiisah...sweet....hehehe...btw ive got 1 tailor area sentul, jahitan kemas for me and boleh request juga bj design camna. harga very berpatutan:)....

Nora's Delight said...

Sweet baju raiisah..beli kat mana ye?