Klik Yer!! Mekasih...

Friday, September 11, 2015

PETRONAS perkenal minyak Euro 4M RON97 Mesra Alam


(Scroll down for new entry)

Pada 19 Ogos 2015 hari tu dapat invitation untuk hadir ke Majlis Pelancaran PETRONAS yang terbaru..Event start pukul 3 petang, pukul 2 aku dengan Filla dah berada depan PETRONAS Station Technology Park Malaysia..yerla takut sesat ke apa ke kan..so tolak la awal, selamat sampai awal..hehe..Sampai2 jer, oo kat sini..beria2 pakai waze sekali sini daa..10 juta kali lalu kot depan PETRONAS Station Technology Park Malaysia ni awat tak perasan??

Nasib ada Filla kalau tak keras kematu la ku di situ..hahaha..dah la aku ni jenis pemalu.. Eh Tian Chad pon ada..Hi Tian Chad!

Blogger2 yang hadir pada hari itu..Filla, Tian Chad, Saimat Kong dan Tuan Blog..

"Hari ni, kami bukan sahaja memperkenalkan produk bahan api yang menepati keperluan yang diwartakan. Malah, dengan PETRONAS PRIMAX 97 with improved Advanced Energy Formula yang ditambabaik, pemandu-pemandu dapat menikmati pecutan unggul dan seterusnya merasai pemanduan yang lebih baik," kata Ibrahimnuddin Yunus, Pengarah Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, PDB sebelum majlis pelancaran dimulakan..Jom ikuti @ibrahimnuddin di Twitter!


Majlis ni telah dilancarkan oleh YB Dato' Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan Kepengunaan (KPDNKK) di Stesen Petronas Technology Park, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, disaksikan oleh Md Arif Mahmood, Naib Presiden Eksekutif dan CEO Perniagaan Hilir, Petronas..

PETRONAS melancarkan bahan api baru iaitu PETRONAS PRIMAX 97 with improved Advanced Energy Formula yang dirumus khas untuk pecutan yang unggul..Bahan api RON 97 ni menepati spesifikasi Euro 4M dan telah dilancarkan lebih awal..Kalau korang nak tahu Euro 4M ni adalah pertama kat Malaysia tau..

Mesti korang nak tau apa beza Euro 2M dengan Euro 4M kan..banyak beza dia..salah satunya, dia punya kandungan bahan api Euro 4M ni mempunyai tahap sulfur tinggi, benzena dan Reid Vapour Pressure (RVP) yang mana lebih rendah yang menjadikan bahan api lebih mesra alam..sebab apa mesra alam?? sebab hasil perlepasan dan pencemar lebih rendah berbanding bahan api Euro 2M RON97 sebelum ni..

Buat masa ni, harga yang ditawarkan untuk PETRONAS Primax 97 baharu dengan spesifikasi Euro 4M ini ialah RM2.35 setiap liter..

Dikejutkan dengan gimik dari pasukan motosikal berkuasa tinggi..Oopocot..terkejut omak..nasib jatung tak jatuh ke bawah..hahaha Mau tak tibe2 vrommmm sebelah aku..

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) melancarkan petrol PETRONAS PRIMAX 97 Baru dengan Advanced Energy Formula, dicipta bersama teknologi Formula 1 untuk pecutan unggul.. vrommm vrommmm! Walau apa pun, pastikan korang sentiasa memandu dengan selamat dan jangan pandu lebih daripada had kelajuan tau!

Bersama Jack, Talent Manager baru saya..Hi Jack!

Selesai sudah pelancaran petrol RON 97 yang menepati Euro 4M yang pertama di Malaysia, PETRONAS PRIMAX 97 Baharu dengan Advanced Energy Formula..

Selalu lori tanker ni lalu sebelah kita jer now dapat bergambar dengan dia pulak..ouchh! hehehe..Terima kasih PETRONAS kerana sudi menjemput Kathyjem dalam event kali ini.. =)

Bersama blogger2 hebat!

So boleh isi minyak PETRONAS PRIMAX 97dengan Advanced Energy Formula sekarang di lebih 500 stesen minyak PETRONAS seluruh negara..Nak tahu lokasi stesen mana? Senang jer klik sini.. www.mymesra.com

Untuk lebih info, korang boleh juga cikidout di www.primax.my #PrimaxAcceleration

piece : kathyjem

7 comments:

zeen othman said...

Sulfur yang tinggi x bagus untuk injin

sedutzone said...

nak isi miinyak jap la....

Mrs. A said...

Mrs. A ok jer.. support buatan Malaysia.
Cuma ada kengkawan sekeliling la time Mrs. A tumpang keta depa pastu tank minyak dah blink2 hah! isilah kat Petronas nih! kemudian depa kata ai tak main arr petronas nih! huk aloh muntah hijau mendengarnya.

tazzwee said...

Euro 2M and 4M yang ini dua tahun lepas...
kiranya minyak inipetrol ke diesel? diesel kan?
bagaimana dengan 3M dan 5M?

fiza444 said...

Yang nih dua tahun lepas petrol ke diesel ye
sekarang dah ada Euro 5 launch kat petronas
diesel Euro 5 lebih hebat dari yang 2 dan 4 ni

survival said...

kenapa petronas bawa masuk Diesel euro5 lewat lewat? lain company dah mula jual Euro5 2tahun lepas alamak.. lagi minyak stesen yg ade Euro5 tak banyak je

survival said...

@Zeen
tapi sulphur dah kurang jadi enjin jalan tak smooth lah.. sulohur tu utk lubricate enjin.. kata kurangkan sulphur nanti enjin rosak cepat