Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, June 5, 2014

Hari kedua Raiisah di ward..

Ni kali pertama Raiisah masuk hospital.. Last aku dok hospital bila ekkk... Oh masa lahirkan Raiisah tahun 2012 Raiisah masa tu baby lagi.. Tu la last aku dok hospital selama 3 hari.. Masa mula2 tahu Raiisah kena admit wad aku terkejut macam blur pon ada yerla tak sangka sakit demam sampai masuk wad tau pulak Raiisah dijangkiti influenza lagi la.. Aku terima ni semua ujian dari yang maha esa lagi pon aku nak die dok hospital sampai kembali sihat seperti sebelum ini..

Pagi Ahad tu Raiisah bangun awal pagi nurse dah bagi isyarat suruh gerak baby bagi makan ubat.. Nak gerak die macam kesian tengok tengah sedap tido tapi terpaksa gak gerak sebab tengahari karang nak bagi die makan ubat lagi.. Tapi ko tau jer la budak tengah sakit bagi makan ubat macam mane faham2 jer la memerlukan kesabaran yang tinggi.. Setiap kali nak bagi makan ubat mesti die akan menangis dulu.. Masuk ubat ke dua ketiga dah ok tak nangis tapi kena pujuk2 sikit baru laju ubat tu masuk dalam mulut die.. Kalo tak geleng tak mahu makan ubat..huhuhu

Lepas makan ubat lalok tido.. Lepas bangun makan ubat lagi.. Tapi sabtu malam tu Raiisah langsung tak nak susu makan pon tak nak ada la 2 3 suap bubur die telan.. Aku tak risau sangat sebab ada drip air kat dalam badan die.. Mungkin sebab tu la kot die tak nak makan minum..

Ni la ubat2 Riisah kena makan selama berada di hospital 4 jam sekali kena makan.. Ubat demam, ubat antiviral, ubat cirit birit dan ubat selesema..

Sementara menunggu Raiisah bangun mummy lepak atas katil daddy tido jap.. hehehe

Bangun menangis kelaparan.. Bagi bubur tak nak susu pon tak nak.. Kebetulan opah ada datang  tengahari tu bawak cucur adalah separuh cucur tu die makan..



Ok la mummy bagi chan dengar lagu yer boring dah tak tau nak buat apa.. Nak turun main kat bawah tak boley ada drip kat tangan tu..



Dah busan  main tab daddy pulak buat konsert..hahaha Layankan jer la Raiisah yer daddy buat konsert janji ada hiburan..mahahaha

Ni hari ke 3 Raiisah di wad.. Ceria die bangun pagi tu.. Yerla tangan dah tak kena drip kemain lasak malam tu tido.. Malam tu Raiisah tido dalam baby cot sebab dah takde drip kat tangan tu confident sikit nak biarkan die atas katil tu...

Baru hari kat 3 kat wad, ghuper mummy dah macam apa jer serabai sungguh..hahaha

Elok bangun golek2 atas katil breakfast sampai.. Hamboii nampak makan terus terkam ye.. Tapi Alhamdulillah hari 3 Raiisah kat wad baru ada selera nak makan tapi takde la abis satu mangkuk tu adalah 10 suap dimakan..



Abis breakfast nurse datang check suhu badan Raiisah.. Alhamdulillah dah tak demam.. Elok dok diam pulak die kalo takkkkkkk nak check suhu kat telinga mesti kepala geleng2 tak nak..hahaha Hari tu mood die ok yerla baru lepas makan ada tenaga sikit tu yang ok tu.. Teringat masa ni kakak tu tanya Raiisah dah mandi.. Dah die jawab..hahaha Padahal bucuk tak mandi lagi.. Gelak jer kakak nurse tu..

Awal pagi doktor Pria datang check perut Raiisah.. Hari 3 Raiisah masih cirit birit lagi.. Masa ni aku bagitau doktor najis Raiisah ada darah.. Doktor suruh ambik sikit najis Raiisah masuk ada satu bekas dorang nak check takut ada penyakit lain ke apa.. Tapi doktor cakap jangan risau sebab Riisah baru lepas demam panas maybe tu salah satu kenapa ada darah kat najis die.. Kena stay lagi satu hari untuk tunggu result.. Kalo takde apa2 besok tu dah boley balik..

Lepas mandi daddy pon datang.. Ternampak pulak oreo die nak pulak ok la bagi la 2 keping oreo lebih2 tak leh awak tu baru elok sakit tekak..

Hahaha Sempat pulak dihisap satu jari yang terkeluar tu.. Kemain hisap2 oreo kat ibu jari tu.. Tengahari tu takde buat apa2 just bagi Raiisah makan ubat pastu bomm tido.. Mummy pon sama tido gak.. Sedar2 Iza Apek wassapp nak datang tengok Raiisah..

 
Kejut mummy tibe2 aunti Iza dan auntie Mirza nak datang.. Nasib mummy terjaga tengok hp kalo tak, tak sampailah auntie Iza ngan auntie Mirza kat hospital ni... hehe

Mekasih aunti Iza dan auntie Mirza datang lawat Raiisah terubat kebusanan mummy ngan Raiisah kat hospital ni..hehehe..

Dorang tak lepak lama sebab takut jalan jem korang tau2 jer la area damansara kalo petang macam mane die punye jem..

Dah alang keluar bagi la Raiisah main kejap sian dok terperuk dalam bilik..

Ni jerla permainan yang ada.. Jadila Raiisah ye ada la jugak tempat awak nak panjat2..

 Dah penat main bawak masuk bilik takleh lama2 kat luar..

Nasib ada permainan auntie mirza ngan auntie iza bagi die dapatlah dok diam 1 2 minit dalam baby cot ni..hahahaha Biaserla dah tak pasang drip kat tangan tu faham2 jerla kejap2 karang nak turun kejap2 karang nak naik atas katil.. T_T

 Malam kena pasang drip balik.. Lepas makan ubat urut massage sikit terus lena tido.. Pastu mummy dah terkebil-kebil sampai 1 pagi takleh tido sebab siang tido lama sangat..hambik layan sorang2 tengok tv atas katil...T_T

Hari ke 4..

Seperti biaser bangun pagi makan ubat.. Sebelum makan ubat kasi mamam dulu.. Paling excited nampak makanan.. Dah sihat nampak makanan happy kalo tak, takde perasaan nampak makanan..

 
 Nampak tak sabar tu belum keluarkan pinggan dari bekas tu merengek nak makan jugak..

 Alhamdulillah hari ke 4 dah ada selera makan.. Banyak jugak die makan ada la separuh mee tu dia abis makan.. haaa pastu tak nak susu..



Aduhh lapar pulak tengok Raiisah mamam yee mee kung fu ni..

Ni mummy punye makan ni.. Takper mummy makan bubur awak..hahaha

Sepanjang Raiisah kena rash teruk kat bahagian sulit ngan montot die, ni la ubat penyelamat yang sangat berkesan nappy rash cream.. Bagus ubat yang doktor Pria bagi ni 2 hari pakai makin hilang ruam kat bahagian tu..

Dah sihat macam ni la ghupernya berlari sana sini.. Keluar masuk karang kang bukak tutup bukak tutup pintu almari tu..

Dengar doktor Pria kata petang dah boleh dischare melompat aku atas katil..hahaha Mau taknya 4 hari kot dok hospital rase macam sebulan..hehehe

Lepas mandi bagi Raiisah makan ubat tidokan die.. Sementara ada masa tu kemas apa yang patut..  Kang Raiisah dah bangun memang takde harapan la nak kemas dengan tenang..hahaha

Makanan tengah ari sudah sampai.. Makan sesajer dok hospital ni. Baru 4 hari dok hospital rase badan dah naik 5kg.. Wah over sangat ni 5kg terus naik..hahaha Ok2 diet lepas ni.. =P

Elok aku abis makan Raiisah pon bangun.. Tengah tunggu nurse nak bukak balutan kain kat tangan.. Masa nurse bukak balutan tu aku dah cuak tengok nurse tu pegang tangan Raiisah.. Dalam hati aku mesti Raiisah menangsi sekali eh tak nangis pulak.. Kite yang dah tua ni pon nangis dalam hati tengok jarum ni kan die budak kecik.. Tak sakit ker Raiisah kalo mummy dah melalak sampai tingkat bawah boleh dengar..hahaha





Alhamdulilah petang tu Raiisaha discharge.. Terima kasih Ya Allah.. Terimas kasih semua yang tak henti2 doakan Raiisah cepat sembuh.. Terharu baca komen2 korang yang tak putus2 bagi support dekat Raiisah sepanjang Raiisah berada di hospital dan sampai la Raiisah sihat.. Terima kasih sekali lagi.. =)

piece : kathyjem      

9 comments:

Chekgu Azrine said...

Syukur alhmdulillah..

MOMMYLIN said...

raiisah strong girl... uhuhuhh perit sangat bila anak duduk hospital kan...

mirza said...

alhamdulillah raiisah dah sihat...happy for u kathy :)

ummi_khalish said...

alhamdulillah raiisah dh sht.smlm tgk blog menitis2 airmata dil..smoga Allah pelihara anak2 syurga ini sebaiknya..amin ya rabb...

mummy kimmy.com said...

assalam kathy..i slient reader u..i pn ada pn ada pengalaman yg sama mcm u tpi ank i kena jangkitan kat paru2 4 hari gak berkampung dlm hosp nasib baik private hosp bleh la kita relax skit..tpi tgk anak kita sakit mcm 2 adoi luluh jiwa raga tgk dia nangis kena suntik..kena mkn ubt bnyk..huhu..anyway nice blog beb ;)

adarain said...

ALHAMDULILLAH, sihat dah budak ni, semoga sihat selalu ya.
from: adarain.com

EIKA said...

alhamdulillah raiisah dag sembuh :)

Unknown said...

Alhamdulillah.. sedih tgk muka raiisah waktu bngun lapar mintak makan tuh.. lepas tu ceria balik muka sengih dapat makan..hehehe lawak lah awk ni mek ecah..

Unknown said...

ALhamdulillah Mek Echah dah sihat..moga dia sentiasa ceria dan sihat....comel masa dia hisap jsari tu..comelll sgt :)