Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, June 12, 2014

MooGoo Cap Lembu Serasi dengan Raiisah

Salam semua..

Nak bagitau kat korang ada satu produk yang aku sendiri dah cuba untuk Raiisah.. Iaitu produk MooGoo.. Moomooo moomoooo cap lembu... hahahaha Ok sebelum tu nak bagitau ni bukan iklan berbayar tau ni ikhlas dari aku untuk korang semua..Ewah! Tak salah nak kongsi benda baikkan.. =)

Raiisah dari baby dah ada ekzema.. Tak silap aku masa die 5 bulan ekzema tu muncul tapi ekzema Raiisah ni jenis yang light2 jugak la. Sian tengok die masa baby takleh panas skit kalo panas mesti ruam kat celah2 lengan celah2 leher pastu garu2 sampai berdarah.. Banyak dah pegi klinik dan kebanyakkan doktor cakap Raiisah kena ruam biaser bile pegi check kat Pakar Kanak-Kanak baru tahu Raiisah ada Ekzema.. T_T Ada yang cakap Raiisah kena Ekzema sebab permakanan aku masa mengandung..sob sob.. Kalo ikutkan sejarah belah mak aku memang ada penyakit ekzema ni sebab tu Raiisah ada..

Penyakit ekzema ni semua pon tahukan penyakit ni takde ubat specific just kita kena pantau permakanan macam seafood tu takleh makan, produk penjagaan kulit, kulit kena sentiasa lembab dan tidak boleh kering..

So adalah try beberapa produk yang berkaitan dengan Ekzema..

Brand Buds pernah guna untuk Raiisah.. Ni masa mula2 Raiisah kena ekzema dan masa tu tak tau lagi Raiisah ada ekzema ingat ruam gatal biaser..

Bila Raiisah masuk 7 bulan try produk SebaMed sebab doktor Koo bagitau SebaMed bagus untuk baby yang ada problem skin.. Lepas guna tak nampak perubahan kat kulit Raiisah makin lagi teruk ada la.. T_T

Tak elok2 jugak pegi Klinik Serena kat Sg.Buloh.. Doktor Serina suggest produk Cetaphil sebab die kata sesuai untuk bayi yang ada kegatalan dikulit macam ruam semua tu.. Ok dah cube pon sama tak berkesan jugak masih gatal garu sana sani, kemerahan dicelah leher, kerak macam kelemumur banyak dekat kepala Raiisah.. Sian garu sampai berdarah kulit kepala..

Pastu try Physiogel pon sama jugak.. Mula2 pakai macam ok dah lama pakai dah tak ok..

Pureen pon sama lagi la.. T_T

Lagi satu baby yang ada penyakit ekzema, skin problem, sensitive skin dan sebagainya kalau boleh korang elakkan pakai produk yang ada Steroid sebab bahan2 ni semua menyebabkan kulit baby menjadi merah, terbakar, membengkak dan mungkin juga melelehkan air.. Senang jer nak tau anak kita ni ada ekzema atau tak.. Kalo kita guna cream steroid topikal sapu ruam yang gatal tu secara kerap untuk tempoh masa yang melebihi dua hingga empat minggu dan tak tidak baik2 sah anak anda ada ekzema..

Raiisah macam tu la mula2 tak tahu, dok la tenyeh cream yang ada streoid kat badan die sebab ingat ruam biaser.. Lepas abis cream tu naik balik merah2 kat muka leher lengan.. Takkan sampai bila2 nak bergantung cream streoid tu kat badan die kan..Tu yang ikhtiar cari produk yang free bahan2 chemical ni..

Ni masa ekzema menyerang.. Raiisah takleh langsung kulit kepala keriang kalo kering dibiar lama2 jadi macam ni.. Kadang tu sampai berdarah kulit kepala dok garu kuat2.. T_T

Dah tak tau nak try produk apa sebenarnya.. Last-lasy try produk MooGoo sebab hari tu pernah suarakan benda ni kat FB ramai juga yang suggest produk MooGoo ni.. Masa nak beli rase pengsan tengok harga dia.. Awat mahaiii sangat produk MooGoo ni.. T_T Takperla mahai pon mahaiii la janji berkesan dan selamat untuk anak..

Produk ni takde steroid or chemical ingredients sebab ia diperbuat dari sumber semulajadi.. Bile pakai takdela besok tu terus baik ambik makan masa 2 3 hari jugakla baru nampak perubahan.. Bau die ok takdela bau wangi wangian bau lembu la/diary milk..

Milk Shampoo.. Bau die best.. Die lagi elok lepas pakai Milk Shampoo pas tu pakai Cream Conditioner.. Tapi aku tak beli pon sebab kalo dah beli dah berapa tu.. Uwaaaa menangis berdarah produk MooGoo ni tau.. So far Raiisah pakai Milk Shampoo tanpa Cream conditioner ok jer..

Milk Wash guna untuk mandian.. Dalam die ada milk protein dan coconut oil.. Bile campur dengan air banyak buih.. Lepas pakai kat badan Raiisah terus lembut dan ada moisturize sekali..

Scalp Cream pula selain melembap, ianya juga boleh merawat kulit yang radang. Untuk muka Raiisah, aku sapu Scalp Cream. Telinga, kepala, leher semua aku sapu krim ni badan pon aku sapu sekali..hehehe Aku suka krim ni sebab baunya dia sedap sungguh.. ^_^

Ramai yang cakap produk ni bagus ye aku sendiri mengaku produk ni memang bagus sebab apa aku kata bagus.. Sebab banyak dah produk aku try macam kat atas tu untuk Raiisah semua tak menjadi dan tak serasi dengan kulit Raiisah.. sob sob.. Produk MooGoo ni jugak yang nampak berkesan dan serasi dengan die.. Produk MooGoo bukan untuk baby dan kanak2 je tau orang dewasa pon boleh juga pakai..

Setakat ni dah 2 kali aku repeat produk MooGoo ni.. Hampir dua bulan Raiisah pakai Alhamdulillah nampak result die berkesan.. Kerak kat kepala die pon makin kurang.. Ruam kat badan pon cepat hilang..

Owh lupa nak bagitau produk MooGoo ni selain farmasi Caring korang leh cari kat Guardian tapi mahal sikit la harga die.. Yang first time aku beli tu, beli kat farmasi uptown Damansara kat situ murah compare farmasi lain tapi lupa pulak nama faramasi tu..hehehe Then masa nak beli second time hari tu abis pulak terpaksa cari kat farmasi Caring dapatla murah jugak nak bandingkan dengan Guardian..huhu

piece : kathyjem

24 comments:

Allene said...

lin guna moogoo gak. mahal tapi banyak. tahan lama. untuk shower lin guna sekali. sbb kita pun mudah elergic. lagi2 bila travel...

Chekgu Azrine said...

Teringin nk pakai msa anak naik ruam kat leher..tp bila tgok harga tak jdi terus..tp tot nk cuba jgkla..sbb kathy kata bagus sngt ni..hehe

kathy jem said...

Allene : kan mahal bnyk kalo mahal sikit ok lagi..hehee tapi moogoo ni mmng baguskan..

kathy jem said...

Chekgu Azrine : mmng bagus nnti beli satu try pakai kat anak..InshaAllah ruam kat leher cepat hilang..

♥aLin♥ said...

anak sy pun myb cam raiisah kot...tp doc kate tu kudis bukan ekzema...skarang ni dh ok la coz dpt ubat dr kpj...tp kulit die still kering..mcm nk try moogoo ni..thanx kathy your info...hehehe

Ndra Jamal said...

moogoo mmg best. sy dah umo 20 lebih kena ekzema. guna moogoo bila ekzema teruk je. kalau dah ok guna yg murah2 je. tak mampu r moogoo tu nak guna hari2... huhuhu

PixiePwincess said...

bagusnya sbb u aware pd keburukan steroid semua.. mmg u banyak buat research psl eczema! good job. hehe. i dah pernah pergi kilang moogoo ni kat gold coast. best. small factory je. tp kita kira untung jugaklah sbb harga dia jual kat aussie dgn sini, sama je after conversion. x mark up pun. berbanding produk dr australia yg lain mcm QV, double the price.

kathy jem said...

PixiePwincess : ooyekerr harga sana sama ngan sini..ingt sana lagi murah..

NAQIAH MS said...

moogoo kt AA pharmacy SS2 murah

Jan@Afzan said...

ohh.. ok, kathy. Thank you entry ni. sesuai dengan anak Jan pun mcm raicha jugak.. sensitive sgt...hehe.

Jan pun sama dah try 3-4 produk mcm yang kathy list kan tuh.

Mahal utk anak...hehehe, takpe kena paksa beli juga untuk anak...mak tak makan takpe..

Tq kathy

kathy jem said...

NAQIAH MS : farmasi kat bangsar pon ada jugak AA pharmacy ni kan..sbb ari tu kawan ada bgtau kat situ murah..

kathy jem said...

Jan@Afzan : no problem dear..nnti leh try kat anak u.. ;)

FIERA said...

anak saya memang pengguna tegar moogoo, trust me, memang berguna Moogoo, dulu kulit die kasar bak kertas pasir, n now kulit die halus mulus... n excema tu dah tak da lagi now, syukur alhamdulillah.... saya biasa beli kat farmasi ALpro je, kalau dah jadi member dapat lah murah.... hihi

maslin said...

Thanks kak kathy...anak sy pun mcm raicha... kcian.. berdarah2 klu digaruyer...kita halang nagis2 die nk gk garu... sy pun nk beli produk ne... smua yg akk dh guna sblm ne ada gk yg sy dh guna... tp x bkesan gk...arap2 pas ne blh baek...

Farah Aishah Abdul Aziz said...

saya pun guna moogoo...deodorant....best2 :)

Farah Aishah Abdul Aziz said...

saya nak cuba kat anak saya..anak saya pun ruam dkt dada dan blkg bdn dier...kalau waktu panas lagi la merah2...T-T..guna krim doktor bg pun tak jln sgt

Farah Aishah Abdul Aziz said...

online ade moogoo.my

julia abu anuar said...

Moogoo mmg berkesan...Cuba pki cream utk irritation tu. Mmg bgs...lagi satu anak termakan lgsung x bahaya. Biar mahal takpe. .

Farah Aishah Abdul Aziz said...

terima kasih julia...so moogoo ni tak bahaya la pd anak ye..tq tq :)..happy

Nor Haslifazyani Hambali said...

ank saya guna bubchen.. eczema teruk. tp lepas guna bubchen sgt elok kulit dia. kl pun susah nk cari. hrga x sama . manjaku lain, kedai baby biase lain. skrg pakai buds lavender. ok jgk

Nurul Syuhaida Mustafa said...

Salam. Memang rumit sikit untuk anak yang ada ekzema. Baju dia pun tak boleh basuh sembarangan. Maybe u boleh try detergen Fresh Laundry Concentrate yang allergen free.

NORHIDAYAH MUHAMAD YUSNI said...

salam.. lpas baca entry n pagi tad.. terus g beli.. alhamdulillah arga lebih kurang sama je gan entry n..

Puteri Norfadzilah said...

boleh share dekat mana beli moogoo yang murah sikit dr online ?

Hasnurul Akhma said...

saya beli moogoo eczema starter pack tu kat online.. georgetown pharmacy.. RM155..setakat ni jumpa yg ni paling murah la..hope ok n serasi dgn anak..sebelum ni sy mintak trial kit je dkt fb moogoo trainie (ntah betul ke xejaan tu)..tp sikit je..so xtau berkesan ke x..cream dh habis dlu..hope ok la n eczema anak sy cpt sembuh..amin..