Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, June 4, 2014

Raiisah Disahkan Virus Influenza A

Salam Semua..

Alhamdulillah hari ni dah masuk ofis.. Dah dua hari tak update blog.. Semalam Raiisah baru keluar Hospital.. Ramai yang tanya Raiisah sakit apa.. Raiisah kena demam dari Isnin lepas lagi.. Elok aku baik demam die pulak demam..Dah agak mesti die kena demam.. Yerla mummy minum air die pon sama sebuk nak minum jugak cawan yang kite minum tu.. Bagi cawan lain tak nak menangis2 nak cawan tu jugak.. Sudahnya berjangkit dengan mummy.. T_T

Budakkan antibodi tak kuat memang senanglah berjangkit.. Bagi ubat demam tak ok jugak besok tu bawak pegi Klinik Koo kat Taman Tun.. Macam biase la doktor Koo check suhu badan semua tu lepas check doktor bagi ubat demam, selesema, ubat antibiotik ngan ubat batuk.. Doktor Koo cakap 3 hari tak baik lagi demam datang jumpe die..

Masuk hari Khamis suhu badan Raiisah tak kebah2 bagi makan ubat pon sama tak surut2 suhu badan... Pelik ni selalu die demam 2 3 hari dah kebah.. Pastu pulak die ada cirit birit.. Start dari hari Rabu die kena cirit birit.. Ingat sebab badan die panas ker boley jadi macam tu..

Hari Jumaat Mak bawak Raiisah pegi Klinik Kesihatan Sungai Buloh sebab nak check takut denggi ke apa.. Orang tua kan kalo tengok cucu demam tak kebah2 mestila risau nak jugak bawak klinik gomen.. Dah bawak ngi Klinik sana doktor kata takde apa2 demam biaser.. Malam tu suhu Badan Raiisah naik sampai 39c.. Pelik ni.. Siang check doktor kata takde apa2 tapi bile malam suhu badan makin naik.. Dah la demam cirit pulak adusss kesian tengok die sampai lembik..Tak leh jadi besok pagi kena bawak gak ngi Klinik Koo check balik macam ada yang tak kena ngan Raiisah ni..

Pagi sabtu tu bawak Raiisah ngi Klinik Koo tapi Doktor Koo takde ganti Doktor lain.. Doktor tu check Raiisah dia kata ni bukan demam biaser ni.. Terus doktor buat surat suruh refer hospital.. Fikir punye fikir ambik Tropicana Medical Centre (TMC) sebab dekat dengan rumah pahal nanti senang..

Sian die dari jumaat malam sampai ke subuh cirit birit tak henti2 sampai lembik tengok die..

Masa ni kat Klinik Koo tengah tunggu doktor sempat bagi die makan roti tengok die macam lapar jer bagi susu tak nak.. Adalah separuh roti tu die makan.. Pastu bagi minum air badak bagi badan sejuk..

Masa doktor check suhu badan Raiisah 38.9c.. Doktor masukkan ubat terus kat bontot dia sebab nak turunkan suhu badan.. Elok keluar dari bilik doktor perekkkkkk Raiisah berak lagi.. Bawak die pegi toilet nak tukar pampers sekali tengok ubat yang doktor masukkan tu keluar balik sebab Raiisah kan berak tak henti2.. Sian sampai merah montot die.. Mintak doktor nappy cream..

Balik dari klinik pegi breakfast jap.. Bagi Raiisah makan kenyang2 pastu terus checkin hospital.. Lepas tu balik rumah mandikan die bagi wangi2 sikit siap packing baju terus ke Hospital..

Sampai hospital daftar terus check darah.. Masa tengah check doktor kata Raiisah bukan demam biaser ada virus dalam darah die sebab tu bile makan ubat antibiotik tak leh baik sebab virus ada dalam darah die.. Ok jangan risau kita check dulu darah Raiisah baru tahu result die macam mane.. Dalam hati dah dup dap dup dap dah fikir bukan2..huhuhu

Tapi ya ampun lama gile tunggu result darah kat TMC ni.. Dah la nak tunggu result 1 jam lebih pastu nak tunggu GL lagi.. T__T Boley nangis dok kat TMC ni separuh hari kat situ.. Bayangkan dari kol 1 tghari kami kat Hospital kol 8 baru Raiisah dapat bilik.. Nasib Mak ngan Kakak aku ada boley la dorang tengok2 Raiisah jap..

Masa ni rase nak nangis tengok jarum besar kat tangan Raiisah.. Pertama kali tengok die ambik darah rase nak menjerit kat doktor tu.. Doktor jangan doktor jangannnnn... biar saya jer yang ambik darah kat tangan anak saya ni..Wahh drama melayu sangat ni...hahahaha Cuak wei tengok anak kena gulung macam nak buat kuih popiah pastu jarum besar macam ibu jari.. T_T

Ada la 2 3 botol kecil tu doktor ambik untuk buat ujian... Masa nak ambik darah, darah tu tak keluar jenuh nurse tu urut2 tangan Raiisah bagi darah keluar yerla kurang air dalam badan..

Nasib Ibu datang boley jaga Raiisah kejap.. Abang Pi dengan Adik Darwisy pon ada sekali..

Dah macam menunggu checkin hotel pulak.. hahaha Meriah dengan kedatang anak buah ni..Raiisah tak boring ada geng nak main...

Suke Raiisah abang pi datang lawat die..

Sayang sangat abang pi kat Raiisah.. Abis kena gomol..

Dalam kol 7 baru lepas GL.. pfff akhirnya keras bontot dok lama2 kat siptal.. Raiisah dapat 1 bilik ada 2 katil sebelah die budak lelaki sekali nurse bagitau kena tukar bilik.. Tanya nurse tu kenapa.. Raiisah ada Influenza A tak leh kongsi bilik die kena duduk satu bilik.. Haaa terkedu jap dengar nurse bagitau Raiisah ada Influenza A.. Terus aku google apa tu Influenza A.. Tibe2 lupe ingatan jap apa penyakit Influenza A tu.. Ooo ok baru tu apa itu Influenza A..

Malam tu doktor pakar datang check Raiisah, nama doktor tu Pria.. Alahai lembut je doktor Pria ni.. Doktor Pria explain pasal Influenza A.. Doktor bagitau jangan risau Influenza Raiisah ni tak bahaya baru dijangkit just kena kuarantin bagi vaksin untuk menghalang virus tu dari terus membiak sebab Influenza ni takde penawar just vaksin je untuk halang penyakit ni..

Simpton Influenza ni sama dengan simpton selesema biaser macam demam batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, rase sejuk dan badan rase lesu... Ada setengah tu cirit birit dan muntah.. Raiisah alhamdulillah takde muntah cume cirit birit dengan selesema.. Dalam pada tu fikir2 jugak macam mane Raiisah boley kena Influenza ni..

Dah siap mandi makan tunggu nak drip air dalam badan.. Suke ye tunggu sat lagi..hahahaha

Nak keluar dari katil..Mula hepi lama2 boring..hahaha

Eh main cak cak pulak die.. Tu belakang tu sakit jugak ker??!

Lepas drip air makan ubat selamat tido.. Malam tu tido sebelah mummy sebab drip tak confident nak biar kan die sorang atas baby cot.. Dah la Raiisah ni jenis tido melasak.. Tak guling 360 darjah bukan Raiisah la tu..hahaha

Awal pagi dan bangun.. Ate malam kol 9 dah tido..

Sian die nak turun bawah tak boley.. Kasi tengok frozen nak bagi diam kalo tak kejap2 tunjuk kat lantai nak turun..

piece : kathyjem

13 comments:

Unknown said...

Alolo..Cian Mek Ecah..
cepat sihat ye dak homel...
Raisha kuatttt..:)

Mimy Hamid said...

ala siannya raiisah...tak sangka influenza A..nasib cepat refer hospital..mek cha pun dah baik kan..comel la kathy..nak sbeijik anak girl macam ni...

Rizziela said...

semoga cepat sembuh yer gugurl

Felis Domestica said...

Cian dia....

merengek tak ?

kathy jem said...

Mummy Faeeq : mekasih doakan Raiisah.. =)

kathy jem said...

Mimy Hamid : Inshaallah lepas ni Fayel dpt adik gegirl pulak..hehe

kathy jem said...

Rizziela : Alhamdulillah Raiisah dah sembuh..time kaseh doakan.. =)

kathy jem said...

Felis Domestica : merengek time nak makan ubat..hehe

Chekgu Azrine said...

Yeayy..raiisah dh sembuh...alhamdulillah

Unknown said...

ternanti2 kak kathy update psal raiisah.. sebab asyik tgk gmbar kat instagram yg kluar kat twitter je..maklumlah xde instagram..huhu..

mujur raiisah dah boleh balik..mcm mna laa boleh sangkut influenza tu mek ecah..sian dya..

adarnadzmie said...

aloloo cian... :)

FARAH AISHAH said...

sian raiisah...moga cepat sembuh eee mek cah...rindu gelak tawa dia :)..and u too sis take care.....

IDAZS said...

salam kenal..

semoga cepat sembuh ya.. anak saya pun kena virus influenza a juga baru-baru ni..