Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, May 14, 2014

Cipta Kisah Dongeng Bersama Aiskrim Wall's..

Salam semua..

Hari tu ada jemputan event Wall's Scoops Of Happiness di Mad About Coco, Publika!

Yeaa gembira ada geng..hehehe terus hilang rase cuak.. Yerla aku kalo pegi event sorang diri mula la perasaan cuak tu muncul bukan apa aku ni bukan ramai kenal blogger pon dan pemalu orangnya..hahaha =P

Sampai-sampai jer nampak Eira tengah lepak Elly & Filla.. Eh dorang pon ada sekali.. Filla aku pernah jumpe itu pon masa tahun 2011, lamakan tak jumpe ko.. Elly first time jumpe die selalu baca blog die jer, kelakar orangnya.. =)

Kak Elly dan Kak Pilla..

Ok apa tujuan kempen Wall's Selection ini diadakan.. Tujuan Wall's Selection, ais krim yang membawa keseronokkan, gelak ketawa dan mengumpul saat-saat indah bersama keluarga dan membantu ibu bapa menjalin kemesraan bersama anak menerusi ais krim dan kisah dogeng! Yerla kadang-kadang kita sibuk menguruskan hal kerja sampai lupa nak meluangkan masa bersama keluarga..

Kempen Scoops of Happiness merupakan satu aktiviti untuk kita dan keluarga berimaginasi dengan melahirkan kisah dogeng apabila menghidangkan aiskrim dan menyeronokkan yang memboleh seisi keluarga menjalin kemesraan dan mencipta kenangan manis bersama keluarga.. Ibu bapa dan anak-anak dapat menggunakan idea kreativiti mereka untuk mencipta semula apa jua cerita atau filem animasi kegemaran di rumah..

Bersama manjer..

Sebelum event start ucapan ringkas dari Shawn Tan, Brand Manager Wall's Ice Cream.. Beliau ada menerangkan tujuan Wall's kempen ni diadakan dan menjemput pengguna untuk menonton Scoops of Happiness video, ada 15 resipi video individu diciptakan dari cerita dongeng popular untuk menggalakkan ikatan keluarga. Pengguna boleh menyerahkan ciptaan mereka sendiri dan berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan untuk Legolandand dan hadiah utama family trip ke Disneyland, Paris!

Ok ini kena join nak pegi Disneyland, Paris freeee! =D

Untuk maklumat lanjut dan menyertai peraduan, boley layari www.wallsindisneyland.com

Siapa yang nakkan sedikit inspirasi, jom tengok video deco-deco ni


Ni la die Samantha Lee, ibu yang mempunyai 2 orang anak perempuan.. Beliau ni selalu menyediakan hidangan yang comel-comel, kreatif untuk anaknya.. Kalo tengok dalam instagram Samantha alahai cute2 semua hidangan die cipta untuk anak die comel sangat nak makan pon sayang.. Korang boley tengok hasil kreatif Samantha menyedikan makanan untuk anak-anaknya di instagram beliau @leesamantha.. Kalo tak pun, resipinya boleh didapati di Facebook Samantha : www.facebook.com/iamleesamantha

Lagi satu die kata penting untuk kita sebagai ibu bapa menyediakan hidangan berwarna-warni, penuh imaginasi dan menyihatkan untuk anak disamping merapatkan kemesraan keluarga..

Dan beliau jugak ada berkongsi cara penyediaan makanan untuk membuat anak-anak gembira dengan mencipta aiskrim berwarna-warni dan kelihatan luar biasa menggunakan Wall's Selection dan pelbagai ramuan termasuklah buah-buahan, sos cokelat, cupcake dan aising..

Part ni paling best! Tengok Samantha buat alahai senang jer ok dah dapat idea sebab nanti kiteorang kena decorations macam ni..

Sekali bila dah ada depan meja tu dah tak tahu nak buat apa..hahaha Nanti korang tengok team aku deco aiskrim macam mane..hehe

Siap dah, tak sampai berapa minit..  Lanun di atas laut..hehe Cute!

Suke tengok Samantha mendeco ais krim ngan bahan-bahan macam buah semua tu nampak menarik sangat dan nak membuatnya pon nampak senang..

Boley makan...

Nanti nak buat kat Raiisah macam ni mesti die suka..hehehe

Ok team kami Kathy, Ceera dan  Elly..

Aneka topping yang disedikan..

Buah-buahan.. Ikut suka nak mencipta cerita kisah dogeng bentuk ais krim macam mane dengan bahan-bahan yang diberikan.. Dia bagi 3 tema, kiteorang pilih tema Christmas.. Mari tengok jadi ker tidak Christmas kiteorang ni..hehehe

Eira dah senyum2 dapat idea la tu.. Tu konon2 pokok Christmas la tu..hehehe

Eira ngan Elly rileks jer deco sambil duduk gelak2.. Aku jer dok kalut berdiri tak senang duduk..hahaha

Korang tengok betapa gigih aku Eira ngan Elly nak memerah idea..haha

Idea boleh pakai ker tu Kathy beria explain kat Elly.. Tak menang tak tau la aku..hahaha Tengah fikir macam mane nak buat kepala bear guna ais krim Wall's..

Si Elly tutup tak nak bagi geng Filla tiru kiteorang..muahaha Padahal dah cuak tengok deco dorang macam gempak jer macam boleh menang jer..haha

Ni la ciptaan kami bertiga tema "Christmas".. Apa macam comel tak..hahaha Rase-rase boley menang tak.. Aku tau mesti korang gelak2 tengok kepala bear tu kan.. Alaa mata die dah senget pulak..

Ni la yang kami boley kongsikan dan pelajari, walaupon sesibuk macam mana pon kita bekerja detik bersama keluarga penting untuk anak-anak dan juga dapat mewujudkan keluarga bahagia.. Bile dah buat macam ni baru terpikir tak susah pon nak buat aktiviti macam ni dengan keluarga.. =)

Sayang kita kalah 1 mata jer ngan team Filla & Namee kalo tak dah menang dah kita..bahahaha Tak nak kalah..

Best ice-cream creation winners adalah dari team Filla, Namee & Oleen.. Dah boley agak team dorang menang sebab tengok dorang decorations ais krim tu nampak menarik.. Tahniah pemenang!

Dah bekerja keras perah idea nak mendeco tadi masa untuk Hi Tea..

Seronok sambil makan sambil menceritakan pengalaman masing2 mendeco hidangan aiskrim tadi..hehe

Bersama Namee mummy hot yang super cantik..

Bersama Kak Filla.. Sempoi orangnya dan kelakar.. Eh Filla awat aku nampak pendek.. Owh ok ok aku bengkokkan kaki..hahaha =P

Kak Elly yang super duper kelakar orangnya.. Leguh mulut borak ngan die asyik ketawa sesajer..hahaha Ingat baca blog jer kelakar jumpe live pon sama..haha

My bucuk manjer Ceeranoh.. Teman sejati di mana-mana.. ;)

Kenangan picture di event Wall's.. =)

Dapat gift dari Wall's Selection.. ^_^

piece : kathyjem

12 comments:

Rizziela said...

bestnya

msredcheesecake said...

Teruja tengok resepi dan deco ice cream... tapi nak buat sendiri tak kreatif...

kathy jem said...

msredcheesecake : alaa buat jer tak susah pon..nnti try tngk video die comel2 decoration icecream dalam tu boley tiru..hehe

Shima Ahmad said...

hi kathy..nice pants.beli kat mana?

Allene said...

sayangnya nak makan... wakakakak

Allene said...

sayangnya nak makan... wakakakak

Hafiz Hafizol said...

lawa semuaaa...


namee lawanyaa.. haha

umie withlove said...

oh..gambar kathy ada kat beautifulnara jgk..

sinuha said...

Bestnya! Bestnya! Bestnya! Nanti kalau dah deco aiskrim dengan raissah,updatelah. Nak tengok jugak budak comel tu main aiskrim. heheheh.

Ema Rie said...

melting nya...

http://emashaklee.blogspot.com/2014/03/apa-punca-perut-asyik-lapar.html

husna zahidi said...

menariknyaa..deco nih kena ada idea jugak kan nak buat nya..:)

Cik Ecah said...

choco almond dah rasa...rasanya blh la... ;)