Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, May 15, 2014

Layan Teater Wiliam Shakespeare

Lamanya tak tengok teater.. Dapat tiket murah haruslah kena pegi.. Ni pon Hanis yang ajak, last minit aku join.. Bila ek last aku tengok teater.. fikir jap...... hurmmm oh baru ingat dekat Istana Budaya tengok cerita Muzikal teater Tun Mahathir masa tu.. Aku ni memang peminat pementasan teater bagi jer cerita apa aku boley layan.. sebab dari kecik abah selalu bawak aku dengan kakak tengok teater sebab Abah pon masa muda memang aktif masuk teater.. So adalah darah seni teater mengalir dalam badan ku ni..hahaha

Ingat lagi masa tu aku darjah 5 akak aku form 1 Abah hanta kami kelas teater kat Pusat Pelancongan (MaTiC).. Sekarang tempat tu di panggil Saloma Bistro... Kat situ la aku ngan kakak masuk kelas tarian dan teater.. Nama kelab tu Tunas Budaya.. Kat situ la aku aku belajar selok belok dunia pementasan teater.. Ce suruh aku berlakon jadi Perempau Gila boleh jer...muahahaha Konon padahal dah lama kot tinggal dunia seni ni..hehehe

Sayangkan tak teruskan perjuangan darah seni ni... Tak tahu kenapa bila dah besar macam dah kurang minat nak teruskan dunia seni tak tau sebab apa.. Kalo tak jadi orang teater dah aku ni tak kerja SYABAS dah ghasenya.. =P

Malam tu nonton Karya Lengkap Shakespeare di Damansara Performing Arts Centre, Empire Damansara.. First time tengok teater kat sini berpusing-pusing aku nak cari DPAC ni... Pakai Waze pon tak boleh pakai.. huh!

Sebelum tu makan dulu kasi perut kenyang baru best nak bergelak ketawa dalam panggung nanti.. Aku macam biaserla maggi goreng mamak.. Kat Empire Damansara ni aku perasan la tak banyak sangat kedai makan sebab baru lagi kan.. eh yeker baru..

Pening jugak cari signboard Black Box, DPAC ni.. Naik turun naik aku ngan Aishah cari tak jumpe2..hahaha..  

Di pintu masuk panggung ada jual Novel.. Tak beli sebab bukan peminat Novel..hehe

Ok teater dah nak start.. Saya dan Meon... Sini best boley keluarkan phone boley ambik gambar suke hati.. Kalo Istana Budaya ko jangan harap nanti ada lampu merah akan sampai kat bahu ko..hahaha

Sebelum panggung start baca sinopsis jap.. Naskhah ini adalah parodi dari karya-karya oleh Wiliam Shakespeare dan dilakokan dengan hanya 3 pelakon Azim, Qawiem dan Fathi. Penuh tenaga dengan pelakon sentiasa ligat di pentas dan membuat anda tertanya-tanya apa yang akan mereka lakukan untuk persembahan seterusnya...

Hoiii best giler tengok dorang melakonkan wata-watak dalam karya Shakespeare ni.. Sumpah lawak yang teramat.. Si Meon sampai angkat-angkat kaki ketawa.. Over mamat tu gelak sampai satu panggung dengar suara die.. hahaha

Bersama pelakon hebat lakonan Qawiem Zarid.. Wahhh kagum aku tengok lakokan ko Qawiem best kelakar giler.. Sakit perut aku tengok...Good Job!

Iezat, Kathy, Hanis, Aisah dan Farha..

Suke deco bangunan Empire Damansara ni klasik-klasik semuanya....

Teater abis dalam kol 10.. Balik tu lepak jap kat kedai mamak minum basahkan tekak sebab penat bergelak sakan dalam panggung..

Bersama bakal pengantin... Kepak kepak kebung kebung.. hahahaha Buiiii!

piece : kathyjem

4 comments:

Ayu Firzara said...

Kathy!!! Cantiknya outfit kamu....

kathy jem said...

Ayu Firzara : tq Ayu.. hehehe =D

Norliza Romizi said...

lepas ni kalau boleh buat ootd selalu. suka tgk ootd kathyjem!!

kathy jem said...

Norliza Romizi : hehehe mekasih..ok rajin nnti kathy buat OOTD ok!.. =D